Monday, 2 June 2014

UiTM Dihatiku: Teringat Kisah Lama

Semalam terbaca status anak sedara Sakura yang nak p mendaftar masuk belajar Diploma Kejuruteraan Awam kat UiTM Jengka. Dengan tiba-tiba juga Sakura rasa ade sesuatu yang bergenang kat mata dan rasa hati nak menagis. Entahla. Satu perasaan yang bercampur aduk. Kisah 14 tahun lalu yang masih lagi segar kat otak dan rasanya macam baru berlaku tahun lepas. Ape yang tersentuh sangat pun Sakura x pasti. Otak ku x mampu untuk berkerja dengan baik untuk memproses emosi gamaknya.

Mungkin ia ade kena mengena dengan, ade juga yang nak ikut jejak langkah makcik dia amik Diploma Kejuruteraan Awam. Walaupun di tempat yang berlainan (Jengka dan Shah Alam). Tapi dia tetap super junior Sakura. Ade juga yang sangup untuk bersusah payah demi mencipta kejayaan yang terbaik di masa hadapan. Walaupun banyak kursus lain yang mungkin mudah untuk dipelajari berbanding kejuruteraan. Walaupun bidang kejuruteraan  x sesusah perubatan. Tapi ia mencabar buat seorang perempuan. Perlu menjadi yang terbaik untuk mendapat tempat bila berkerja nanti. Dunia perkerjaan yang sinonim bagi lelaki. Tapi sekarang  nie dah ramai pun perempuan yang menceburinya. Cuma kalau tang jaga site tue, perempuan agak kurang. Perempuan yang kental semangat jer mampu duduk kat site uruskan projek.

Mungkin juga Sakura tetiba tingatkan Mak dan Bapa yang hantar Sakura masa tue. Almaklumlah, time diploma jer mereka hantar. Time masuk degree dan master. G bawa kete sendiri la daftar masuk belajar. Besar harapan Mak dan Bapa waktu tue untuk mengharapkan yang anaknya akan berjaya dalam hidup. Satu amanah yang sangat berat untuk digalas untuk memastikan harapan Mak dan Bapa tercapai. Nielah masanya untuk membalas pengorbanan mereka sejak Sakura dilahirkan di dunia. Nak balas dengan wang ringgit, tak terbayar semua pengorbanan tue. Hanya dengan melaksanakan impian dan harapan jela dapat diberikan. Buatkan mereka rasa gembira dan bangga dengan pencapaian anaknya. 

Mungkin juga Sakura yang sangat rindukan Mak. Hanya dua kejayaan jer yang Sakura dapat berikan. Kejayaan memiliki diploma dan ijazah. Kejayaan mendapat perkerjaan dan mendapat teman sehidup dan penjaga, Sakura x dapat tunjukkan. Harapnya, Mak tahu lah yer kat 'sana'. Miss u mak. Kasih yang tiada gantinya. Insa'allah akan bertemu di 'sana'. 



No comments:

Post a Comment