Bila baca kisah anak orang di zalimi secara fizikal (penderaan) buat Sakura terfikir. Adakah sebagai ibu bapa x pernah mengabaikan anak sendiri? Jom kita senaraikan kepengabaian yang tidak secara terang yang Sakura perhati berlaku disekeliling. Ini hanya pandangan Sakura yer. Tiada rujukan kepda memana pembacaan ok.
1. Dengan sengaja dan berniat x mahu breastfeed anak. Kalau x boleh nk BF sebab sakit ker memang susu x d tue, lain la alkisahnya. Tapi nie memang awal mengandung dah doa x nak BF anak. Kesian kat anak hak dia dinafikan. Kalau ikut adik Sakura, kena mula niat nak full BF sejak mula tahu mengandung lagi dan mohon kat Allah untuk dimudahkan urusan BF anak nanti. Buat solat hajat kalau boleh.
2. Bagi makanan junk food kepada anak sebelum umur setahun. Nie memang depan mata tapi mak dia buat dek jerk. Anak tue belum pun 6 bulan ko dah bagi makanan ade MSG semua. Zalimnya.
3. Layan jer anak tue nak mainan yang x merangsang otak. Kesian anak tue x d rangsangan dari mak bapa untuk belajar dari kecik. Sudahnya nanti dah besar, asyikla main jer.
4. Umur anak sebulan dah bawak gi mall. Nie lagi sadis. Dah la persekitaran x sihat. Jangkitan boleh berada kat memana pun. Kalau yer meroyan nak keluar. Ko keluar la sensorang. Tinggal anak tue kat rumah. Kesian bb nak tidor.
5. Selalu menangkan adik sebab dia palin kecik. Padahal si adik yang datang kacau abang. So kena alert, sape yang punca pertama kemarahan tercetus.
6. Pergi holiday, tapi x sediakan bekalan makanan untuk anak. Anak tue kebulur la yang teramat. Dah lebih 6 bulan, pastinya anak tue dah boleh makan neslac atau solid food ker hape. Awatla yang tak di bawa makan budak tue. Menagisla budak tue x cukup puas dengan BF.
7. Tiada rangsangan kepada anak untuk anak merangkak. Dok la pegang sentiasa. Bila pulak budak tue nak mencuba angkat bontot, maju kedepan, merangkak, berdiri, apetah lagi berjalan. Ingat semua budak boleh terus berjalan ker. Merangkak adalah pergerakkan paling bagus baby untuk perkembangan otak.
8. Tiada penerapan disiplin dalam diri anak sejak kecil lagi. Sudahnya nanti dah besar jadi budak berdisiplin. Benda nie kena rangsang dari kecik lagi dan cara yang berhemah. Kena banyak belajar dari perkongsian ilmu Prof Dr Rozieta Shaary.
Rasanya takat tue jelah dulu yang terlintas kat kepala. Dengan ini Sakura menanam azam dan tekad untuk x buat perkara nie bila ade anak nanti. Moga dimudahkan urusan Sakura nanti.
No comments:
Post a Comment