Friday 30 May 2014

Halal?

Kecoh dan haru biru bila Cadbury didapati menjual blok/batch pengeluaran produk yang mengandungi unsur x halal (tak mau sebut terang2). Memang x diduga sebab syarikat gergasi coklat boleh cuai atau ade sebab lain ketika menjual produknya. Sebagai balasan, tindakan mahkamah akan diambil (tapi Sakura x pasti sape yang akan melaksanakannya). Sakura memang sokong 1000% bagi memperingat kat pengeluar produk makanan lain supaya status halal terjamin dan mematuhi syariat. 

Sebenarnya banyak jer produk yang meragukan yang berada kat pasaran tapi belum diambil tidakan. Sakura pun masih belum bertemu jawapannaya kenapa. Tapi kalau produk tue ade tanda halal. Memang tanpa was-was la Sakura makan. Kalau yang x d tue biasanya biasa Sakura akan elakkan membeli. Sebelum nie kalau ade kengkawan yang bagi ole-ole coklat luar negeri pun biasanya Sakura x berapa nak makan. Sebab x tahu halal ker x. Walaupun kita cakap Malaysia nie negara Islam, sebenarnya kita pun x boleh amik mudah bab pemakanan kita dengan menyangka semuanya halal. Satu tanggapan yang salah dan sangat berbahaya. Bukti dah ade depan mata sekarang, syarikat gergasi coklat boleh mengeluarkan blok/batch pengeluaran tidak halal. Lagi satu, coklat yang jual kat Langkawi yang coklat dijual tue nama yang sangat asing. Bukanlah Sakura nak menghasut jangan beli. Tapi BERHATI-HATI semasa membeli. Kalau masa pegang tue rasa macam x sedap hati. Baikla diletakkan semula dan pilih yang lain. 

Macam tue juga dilema yang Sakura hadapi sekarang (kerja kat MidValley). Kedai makan kat sini memang Sakura agak meragukan. Sebab itulah, pilihan kedai makan Sakura adalah sangat terhad. Kalau fastfood ok la boleh diterima status halal. Tapi takkan tiap hari nak makan fastfood. Muak tahap membawa ke cika wei. Tapi, apekan daya. Kena lah berhati-hati pilih kedai. Sekarang memang Sakura kena check dulu kedai tue ade sijil halal ker x? takkpun check kat web JAKIM, ade kelulusan halal ker x? Jangan ingat restoren tue famous, boleh jer p makan. Kalau yang kat food court, lagilah Sakura memilih nak makan kat mana. Tokey mungkin melayu tapi pekerjanya adalah foreigner. Tue pun Sakura ambil pusing gak. Makanya, waktu lunch Sakura lebih memilih makan roti dari makan nasi. Dengan syarat, pagi makan berat, biasanya Sakura akan beli kat gerai area komuter, takpun foodcourt DBKL gerai belakang. Yang lain tue, masih mendatangkan keraguan di hati. 

Sakura juga nak cadangkan pada JAKIM, pihak berkuasa tempatan, jabatan kimia, jabatan kesihatan seluruh Malaysia supaya sentiasa berkerjasama untuk membuat pemeriksaan kat semua premis makan yang ada. Nie terutamanya untuk pihak berkuasa tempatan dan jabatan kesihatan daerah supaya kerap memjalankan tugas anda memeriksa premis makan sama ada Islam ker x untuk pastikan kebersihan dan status halal. Jabatan kimia pulak, tolongla buat kit halal mudah untuk pihak berkuasa tempatan gunakan. Kalau kita kuatkuasakan pemeriksaan, peniaga sepatutnya berhati-hati dalam menjual makanan kepada orang ramai. JAKIM pula mestilah umumkan secara terang-terangan produk yang meragukan. 

Kita sebagai pengguna pulak, gunakan hak kita untuk tidak membeli produk yang x halal. Kalau kita berkerjasama untuk tidak membeli, tiada permintaan la untuk produk tue. Jadi, si peniaga kena patuhi syarat halal yang ditetapkan. Tiada produk kalau tiada permintaan. Makanlah makan yang dipastikan halal dan bersih. 

No comments:

Post a Comment