Saturday, 11 August 2012

Tips Beli Rumah: Part 6

Dah selamat untuk bab pernilaian rumah di Seri Kembangan. Penilaian rumah nie dibuat untuk memastikan market value yang sebenarnya. Penilai rumah dari panel bank akan dilantik untuk buat penilaian. Jadi kita hanya tunggu call dari penilai untuk tengok rumah jer. Penilai yang datang hari tue hanya ambil gambar dan dapatkan layout jer. Ukuran x ambil pun. 


Dari tempoh buat datang tengok rumah sampai report siap, akan ambil seminggu jer. Report tadi akan dihantar ke bank dan kita akan dapat 1 copy. Laporan tue akan dihantar pos ke rumah. X ambil masa sangat pun untuk penilaian rumah nie. Kos penilaian nie Sakura masukkan dalam loan bank. Kos penilaian rumah x sampai RM 1000 pun

Maklumat yang ada dalam penilaian rumah adalah:
1. Lokasi rumah
2. Harga rumah
3. Gambar rumah
4. Layout rumah

**boleh baca detail untuk urusan jual beli kat sini (tuan Lawyer yang tulis tau)

No comments:

Post a Comment