Saturday, 18 August 2012

Raya:Nostalgia Balik Kampung

Masa Sakura kecik2 dulu (tadika sampai Form2), kalau nak balik kampung mesti suka dan x suka. Suka sebab balik kampung dan naik bot. Tak suka sebab jauh nak jalan klu x d motor. Dulu Pulau Lumut/Pulau Indah Klang tue memang pulau. Pengankutan nak ke situ adalah bot kayu. Pertengahan 90an jer baru ada jambatan penyambung dan boleh balik kampung naik kereta. 

Jalan kt kampung pulak jalan tanah tapi ada setengah tempat diletak concrete slab yang muat motor dan basikal lalu. Kenderaan yang ada cuma motor dan basikal sahaja . Kalau hujan becak, kalau hari kering berdebu. Jauh juga dari pengkalan nak ke rumah nenek. 

Kalau Sakura nak balik kampung, biasanya Bapa dgn Mak akan balik awal pagi (bot awal) sebab dia tau kalau dah petang anak2 yang bertuah nie banyak ragam. Biasanya sebelum tengah hari dah sampai rumah nenek. Kalau Atuk (dah arwah) tau cucu nak balik, mesti atuk tunggu kat jeti dengan basikal kesanyangan (x ingat la nama ape). Yang cucu nie  pulak dari dalam bot dah nampak atuk, pastinya akan terpekik2 pangil atuk. Macam awak sorang ada atuk la kan. 

Sekarang nak balik kampung dah boleh naik kereta (semenjak dah ada West Port dan jambatan penghubung) . Tue pun sebulan sekali balik tengok nenek. Ada x patut? X patut betul. Kesian nenek

Bila ingat balik, best betul waktu tue............

No comments:

Post a Comment