Juadah Hari Raya tak akan lengkap dan berseri kalau x d ketupat bagi Sakura (nie kalau x balik rumah KB). Memang dah kira sebagai juadah turun temurun untuk hari raya. Bagi Sakura, ketupat nie memang menjadi selera di tekak nie kalau makan dengan rendang daging, kari ayam, sayur lodeh dan sambal kacang. Lauk yang dimakan sudah cukup untuk menghapuskan diet selama sebulan.
Bab menganyam ketupat nie ade citer yang Sakura yang tersendiri. Sakura memang dari kecik (umur 10 tahun rasanya) dan kena paksa menganyam ketupat. Huaaarrggghhh.Memang time nie belajar manganyam dengan menangis2 la (sebab kena tengking dengan bapa). Cikgu Sakura nie memang garang, pantang salah masuk siap la. Yelah, saya budak baru belajar, kalau salah tolong le tegur pelan-pelan. Yang x tahan sebab kena kutuk dengan adik la. Mentang2 dia dah pandai, kakak dia dok terkial-kial. Tapi akhirnya pandai gak menganyam ketupat.
Ketupat yang paling Sakura teror ketupat sintok. Ketupat yang lain tue kena dapat khidmat nasihat dulu untuk jalan ekor dengan kepala. Padahal yang lain tue lagi senang. Ketupat yang masih Sakura x pandai2 buat sampai sekarang, ketupat 3 segi. Nie memang payah sebab daun ketupat kena panjang dan masa menganyam ada ekor yang kena pusing dan keluarkan. Pening makcik la.
Biasanya aktiviti menganyam ketupat akan dibuat sehari atau dua hari sebelum hari nak merebus. Kalau menganyam ketpat tue, sekurang-kurangnya 100 biji kelonsong. Semestinya ada besar dan kecik sebab ikut daun yang ada. Semenjak 3 tahun kebelakangan nie, Sakura x berkesempatan nak menganyam dah. Bila balik rumah jer, tengok ketupat dah beranyam. Bapa dengan adik selalu bising Sakura ngelat anyam. Hehehe. Sape lagi bijak sebenarnya.Bijak x bijak pun, isi beras tetap jadi rutin.
kaedah menganyam. ihsan en google |
sebelah kanan ketupat sintok, yang kiri ketupat bawang. (pinjam dari blogger lain) |
No comments:
Post a Comment