Monday, 13 August 2012

Dr Hamid: Part 1

Since keguguran tahun 2010 dulu, sampai sekarang Sakura masih belum dikurniakan rezeki anak. Masih lagi sabar menanti. Dalam pada kesabaran tue, ada juga usaha yang Sakura buat antaranya berurut, minum susu kambing yang blend dengan kurma dan makan jus bidadari. Tapi masih x menunjukkan hasil. Yang berurut tue memang Sakura dah x nak buat lagi dah sebab satunya sakit dan kedua bila fikir balik ape perkaitannya. Jus Bidadari tue Sakura masih amalkan (sebenarnya baru tiga bulan lepas mula makan).

Sakura sebenarnya ada juga jumpa pakar untuk confirmkan ada masalah atau tidak. Yang tue Sakura buat setahun selepas keguguran (dalam bulan Ogos tahun lepas). Sakura end up buat kat Klinik Dr. Hamid Arshad. Masa appoinment pertama dengan Dr Hamid Arshad, dapat detact yang ovari Sakura membengkak. Tapi Dr.  x cakap pun Sakura ada PCOCS sebab period regular tiap2 bulan. Dan Dato' Dr Hamid bagi tau yang ini mungkin terjadi disebabkan Sakura dah bertambah berat badan@gemuk. Ape taknya dari sebelum kahwin dengan berat terkini ketara tambahnya. Tapi x sampai tahap baju sebelum kahwin x boleh pakai.

Saranan yang diberikan oleh Dato' Dr. adalah:

1. Turunkan berat badan
2. Byk makan makanan segar (sayuran dan buah-buahan)
3. Minum banyak air
4. Kurangkan pengambilan makanan 'fastfood'
5. Amalkan pemakanan sihat.
6. Bersenam.
7. Kawal Stress
8. Toxin badan dikurangkan

Masa first appoinment lagi Dato' Dr dah bagi kaunseling untuk amalkan cara hidup sihat. Sebabnya Dato' Dr. bagi tau yang berat badan naik akan menyebabkan kesuburan berkurangan. Sekarang masih mencuba untuk amalkan terutamanya yang bersenam tue. Payah betul nak buat keje baik nie.

Bila dah selesai appoinment yang first tue, Dr. suruh datang untuk confirmkan masalah selepas buat HSG test dan sperm test. Lepas yang nie nanti Dr. akan tahu sebabnya dan bagi rawatan yang diperlukan.

No comments:

Post a Comment