Friday, 10 August 2012

Putrajaya: Awasi Kelajuan

Hari nie Sakura nak share pasal Putrajaya pulak. Rasanya warga Putrajaya dah nampak sign board "zon kamera dihadapan" (rasanya lah). Sign board nie antaranya ada kt jalan masuk dari Hospital Serdang masuk Putrajaya di persimpangan ke Alamanda (spine road terus nak keluar ke Cyberjaya). Untuk sesape yang lalu jalan nie, sila patuhi had kelajuan yang ada (rasanya 70Km/j) sebab jalan nie dah dipasang dengan "speed trap camera". Jangan nak melaju jer. 

Memang la jalan nie 3 lane, besar dan x banyak kereta. Tapi jalan nie yang paling banyak kemalangan yang berlaku. Kemalangan pula bukan cedera sikit2 tapi banyak yang maut dan mati ngeri. Antaranya opismate Sakura yang accident kat jalan nie (bawak x tau berapa laju rasanya lebih dr 100km/j), keretanya terbang kat jalan bertentangan dan melangar sebuah kereta (x pasti sama ada langar atau hempap) tanpa menyebabkan sebarang kerosakan pada pokok yang ada kat atas devider. Orang yang dilanggar mati, penumpang kereta sebelah driver (opismate Sakura) cedera parah masuk ICU tapi pemandu kereta cedera sikit.

Alkisah malam tadi la. Sakura dan tuan Faizal on d way balik dari KL masuk Putrajaya dari Hospital Serdang tapi x ikut jalan biasa balik rumah (persimpangan ke Alamanda) sebab nak g Presint 9 hantar surat kat rumah kawan. Memang sebenarnya Tuan Faizal dah tahu jalan tue dipasang kamera (sebab dapat dari sumber yang dipercayai). Ok la , bawak ikut kelajuan 70km/j (sebelum nie kat jalan tue mesti bawa lebih had). Tapi masa nak sampai ke persimpangan naik ke Presint 9 dan 8 (jalan nie menurun bukit sikit dan biasanya memang kereta laju), ada flash light dari belakang (kawasan tue lampu jalan x hidup), x tahu sape yang kena sebab kereta Sakura kat lane 3 dan ada 2 lagi kereta kat lane 2 dan 1 (tengah berdoa juga takut limit 60km/j, masa tue kelajuan kita orang 74 km/j). Memang terbuktilah yang jalan tue memang ada kamera.

Jadi untuk pengguna jalan di Putrajaya. Sila patuhi had kelajuan yang ada. "Camera speed trap" akan banyak lagi dipasang kat Putrajaya. Kena lebih berhati-hati dan bersopan bila nampak "Zon kamera dihadapan".

No comments:

Post a Comment