Monday, 6 August 2012

Puasa: Separuh Perjalanan


Hari nie dah masuk puasa yang ke-17@ hari nie juga Nuzul Al-Quran...............

Dah separuh perjalanan puasa yang dilalui. Dah banyak juga kesabaran dan keimanan yang diuji. Semoga ujian yang dillalui akan menjadikan kita insan yang beriman dan bertaqwa lagi kepada Allah. Dah nak masuk malam 10 ramadhan terakhir, malam yang penuh keampunan dan keberkatan selain dari malam yang dicari, Malam Lailatulqadar. Semoga kita dapat mempertingkatkan usaha untuk mencari malam Lailatulqadar

Bila dah dekat nak habis puasa maksudnya raya pun dah dekat. Bila raya dah dekat, persiapan raya dah semakin rancak. Terutamanya kuih raya, baju raya, hiasan rumah dan lelain. Orang menjual persiapan raya makin rancak la sebab banyak pembeli yang mencari. Yang pastinya hari nie pasti sesak nak ke Jalan TAR sebab orang Selangor cuti. Orang luar sibuk datang KL cari persiapan raya, Sakura pulak x jejak pun Jln TAR. Hari biasa malas nak jejak, waktu puasa nie ape tah lagi malasnya. Sakura kurang gemar sikit tempat bersesak dan ramai. Baik cari alternatif lain, x plah harga mahal sikit tapi selesa nak bergerak. 

Sudahnya masa balik KB@wakaf Che Yeh hari tue jer jalan-jalan cari tudung. Tue pun jalan hari siang, malas jalan waktu malam sebab ramai orang. Bukan setakat tudung jer yang dapat, sempat beli baju kurung untuk Mak Long dan Baju Melaju si Kecik Abang Rais. Tuan Faizal pulak, disuruh beli Baju Melayu tak nak, alasanya baju yang ada pun x pakai. Macam tue lah orang lelaki yang berada disekeliling Sakura (Bapa dan Adik), suruh beli baju memang xlah.



Sabtu lepas ada gak bershoping raya kat Paradigm Mall, tue pun x d lah beli barang ape sangat pun. Setakat dapat beli clip rambut, baju kemeja keje Tuan Faizal, pasu kaktus dengan jam dinding. Tengok barang macam x d perasaan sebab dah bershopping sakan kat Bandung hari tue. Bagi Sakura Paradigm Mall nie selesa dan Sakura suka tempat nie.



No comments:

Post a Comment