Tuesday 14 August 2012

Rumah CSRU di Putrajaya



 
Syok sebenarnya jadi gomen nie, sebab ada keistimewaan dari orang lain. Satu keistimewaan yang ada, kakitangan kerajaan dapat beli rumah kat Putrajaya dengan diskaun 25%. Caranya kena mohon pembelian rumah "Civil Servant Reserve Unit" (CSRU). Sakura suka duduk Putrajaya sebab kawasan pembangunan baru dan terancang. Banyak fasiliti yang ada kalau dibadingkan dengan tempat2 lain dan yang paling suka rumah kat Putrajaya x d pagar. Sakura x suka rumah berpagar sebab ada elemen kampung dan perasan rumah mat saleh.

Disebabkan faktor nie juga la Sakura mohon untuk CSRU unit. Sakura mohon tahun 2010 lagi untuk rumah teres (tue jer yang mampu sebab rumah tue pun dah RM600K). Kaedah yang Sakura buat masa mohon rumah nie

1. Baca pekeliling CSRU yang boleh dapat kat web Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar. Kat dalam tue perlu tahu pasal syarat-syarat  mohon dan cara nak mohon.
2. Isi borang pendaftaran CSRU dan sertakan dengan dokumen yang dikehendaki semasa hantar
3. Jangan lupa buat cek/ bank draf/wang pos RM 100 atas nama yang diberi (sekarang nie Sakura tengok dia boleh tunai dengan internet banking)
4. Hantar kat pejabat Unit Jawatan Kuasa Tanah (KWPDKB) kat menara PJH. Nanti kerani kat situ akan bagi surat akuan terima dan resit bayaran.
5. Tunggu sampai surat offer pembelian rumah dapat tapi nie makan tahun la nama nak naik. Masa Sakura g hantar dulu (2010), Sakura ada tanya gak berapa ramai waiting list rumah teres. Kerani tue cakap dalam 1000 lebih. Memang lama la nak tunggu. Tunggu jelah sampai rezeki dapat.
6. Ada juga pendapat yang diberi, jangan mohon teres tapi mohon SemiD. Boleh pki idea nie kalau confirm ada naik pangkat mcm PTD. Rumah Semi-D dah 1.3 juta sekarangn nie. Mahal sangat.

Kelebihan untuk pemohon CSRU nie adalah
1.Klu pemohon CSRU sedang berkerja di Putrajaya
2.Telah lama berkhidmat
3.Mendaftar CSRU awal.


No comments:

Post a Comment