Fadhilat Surah Al Fatihah adalah:
1. Untuk Penawar Racun dan Kala
Jengking - Isi gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit
garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu.
Kemudian berilah orang yang disengat lipan
itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Dengan
ikhtiar itu, racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga
cepat sembuh kembali.
2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa - Tulis surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.
3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit - Ambil sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Lakukan berkali-kali.
4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata - Baca surah ini 41 kali sehabis solat subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah.

Sumber FB: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
No comments:
Post a Comment