Tajuk x menahan. Saje jer buat gimik. Tapi lupa pulak awal oktober hari tue nak buat entry Tragedy Oktober. Maknanya kurang 60 hari lagi dah nak masuk 2014. Dah boleh dah semak matlamat dan pencapaian yang kita rancangkan awal tahun hari tue mencapai matlamat ker x?. Masa berlalu cepat jer. Banyak halangan dan cabaran yang Sakura hadapi. Diam x diam juga dah masuk sem 3 dan masih berbaki setahun nak habis belajar. Semoga semuanya dipermudahkan. Dah masuk 3 tahun gak jadi penghuni bilik nie (Bilik K, anjung kanan, Blok F). Tunggu keretapi dan nak dapat tiket sahaja pada bila-bila masa. Kita merantau mencari pengalaman dan pengetahuan baru. Moga-moga cita-cita yang satu lagi pun akan tercapai juga la dalam 4 tahun dari sekarang.
Banyak yang nak dikongsikan dengan semua pasal topik-topik yang Sakura belajar sem nie. Tapi masih belum berkesempatan nak dikongsikan. Sekarang nie kalau dah balik rumah dah malas nak bukak laptop. Tengok tv dan buat buat aktiviti bersenggang jelah kat rumah. Boleh agak kan ape aktiviti tue. Dah pening tgk screen sebenarnya. 8 Jam kat opis tgk screen, kat rumah pun nak tgk screen juga. Insa'allah dalam 2 minggu nie Sakura ade masa hujung minggu. Kelas x d untuk 3 minggu nie. Harap boleh buat aktiviti menarik di hujung minggu. Sape kata kat rumah x boleh buat aktiviti menarik, nanti Sakura kongsikan ape aktiviti yang menarik tue yer.
Salam November buat semua
Salam November buat semua
No comments:
Post a Comment