Teknik urutan yang sesuai untuk si Manja
Berguna di masa hadapan (Sumber FB: Ummi Adni)
Kaki
Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C.
Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali.
Bengkok dan luruskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh
dan lakukannya secara pelahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok
dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit
jari ke belakang perlahan-lahan.
Perut
Pijatan I
LOVE U. Gunakan dua tau tiga jari, yang membentuk I-L-U daripada arah
bayi. Bila dari posisi kita membentuk I-L-U terbalik.
Urut kiri bayi
dari bawah ke atas (huruf I). Urut melintang dari kanan bayi ke kiri
bayi,kemudian turun ke bawah (huruf L).Urut dari kanan bawah bayi, naik
ke kanan atas bayi, melengkung membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi.
Semua gerakan berakhir di perut kiri bayi.
Tangan
Ulang proses sama seperti mengurut kaki.
Dada
Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang)
dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu dan turun ke tulang
rusuk.
Muka
Membuat urutan secara bulatan kecil
pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan
memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Urut pipi dan usap
secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di
bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan
memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih
selesa.
Belakang badan
Anda perlu tiarapkan bayi
anda. Gunakan minyak dan urut belakang badan dari atas tulang belakang
hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan
secara bulatan dari bahu, turun ke badan-punggung, paha dan kaki.
Bahu
Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki.
Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan bayi akan lebih tenang serta segar apabila diurut.
ATAU
Sumber: KMH Ihsan Beauty
Pembelajaran boleh dimulakan dengan teknik asas dan diikuti dengan gerak rasa mengikut kesesuaian bayi selaras dengan kekuatan tekanan tangan digunakan dan juga bentuk usapan pada beberapa bahagian badan yang disukai bayi.
Umumnya, bayi akan bertindak balas secara positif dengan ketawa ataupun
mengagah. Sebaliknya, jika dia menangis, cuba tenangkan dan jangan
memaksa sekiranya dia ingin tidur ataupun menyusu.
MUKA -
Muka bayi mungkin penuh dengan berbagai jenis ketegangan akibat
perbuatan menghisap, tumbuh gigi, menangis atau sebarang perkara yang
berlaku di sekelilingnya setiap hari. Gunakan ibu jari anda dan buatkan
isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian di bawah bibir
bayi. Ulang tiga kali.
DADA - Dengan menggunakan kedua-dua
tangan yang diletakkan di tengah dada bayi, tolak keluar ke arah tepi
dan mengikut susunan tulang rusuk. Gerakannya seolah-olah anda meratakan
muka surat sebuah buku. Tanpa beralih tangan daripada badan bayi,
gerakkan tangan di sekeliling mengikut bentuk rajah hati sehingga sampai
bahagian tengah.
TANGAN
#PICIT & PUTAR -
Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan.
(seperti memegang pemukul besbol). Kemudian usaplah lengan dengan
bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak
diselang-selikan. Pada masa yang sama picit dengan lembut.
KAKI
#PICIT & PUTAR - Pegang kaki bayi seolah-olah anda sedang memegang
pemukul besbol. Kemudian pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke
arah bertentangan dan pada masa yang sama, memicit dengan lembut.
#MENGGULUNG - Dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.
PERUT - Mengurut pada bahagian perut akan meredakan sistem usus bayi
membolehkannya membuang angin serta melegakan sembelit. Gerakan ini
harus berakhir pada bahagian bawah sebelah kiri perut bayi (bahagian
kanan anda apabila berdepan dengan bayi). Pada bahagian ini
kebanyakannya terletak usus pembuangan bayi. Tujuannya adalah bagi
menggerak semuanya ke arah usus.
#RODA AIR - Menggunakan hujung
tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi, berselang seli
tangan, seolah-olah anda sedang menyodok pasir ke arah diri sendiri.
#MATAHARI BULAN - Buatkan gerakan ala bulan sabit songsang dengan
tangan kanan anda, dari kiri ke kanan. Kemudian buat gerakan bulatan
penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan
kanan anda bergerak di atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu
pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda.
#BERJALAN - Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas
perut bayi anda dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara
bergerak-gerak di bawah jari anda.
#I LOVE U
I – Buatkan gerakan huruf ‘I’ ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi.
LOVE – Buat bentuk ‘L’ terbalik dari arah kiri ke kanan.
U – Kemudian buatkan bentuk ‘U’ terbalik dari kiri ke kanan.
Ketika membuat gerakan ini, sebut ‘I love you’ dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.
BAHAGIAN BELAKANG
#BERULANG-ALIK - Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke
sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang
belakang. Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang, pada arah
bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu.
Pada penghujung setiap urutan bayi, pakaikan semula baju. Bayi anda
sudah tenang kini dan bersedia untuk tidur. Urutan bayi ini lebih
daripada sekadar menenangkan bayi, malah ia merupakan medium untuk
membina hubungan spiritual dan emosi yang mendalam bagi manfaat seisi
keluarga.
Sentuhan mampu membentuk daya intelektual dan
kemahiran motor bayi selain membantu mengawal suhu badan bayi, denyutan
nadi dan cara tidur-bangun anak/sleep-wake patterns.
Jadi,
luangkan sedikit masa untuk berikan urutan dan sentuhan kepada bayi bagi
mengukuhkan lagi hubungan dan trust-bonding bersama bayi anda.
No comments:
Post a Comment