Petua Islam Mengenai Hutang
Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang,
sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan
menyebabkan kehinaan di siang hari.” [Riwayat al-Baihaqi ]
Pengajaran Hadis:
i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian
dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada
mengatakan “ Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”.
ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat ‘qanaah’ iaitu
bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa
keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan
membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana
orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang
bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan
kepapaan.
iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang
dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa
bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau
bagaimana kecilpun hutang tersebut. Hal ini termasuk juga hutang yang
berlaku dengan orang yang bukan Islam serta seseorang yang berhutang
tetapi telah meninggal dunia dan belum sempat membayar hutangnya. Maka
ahli waris si mati hendaklah berusaha untuk melangsaikannya.
iv) Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah
mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat
jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil
sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan
penganiayaan.
v) Sesungguhnya melepaskan hutang orang
menghutangi kita adalah suatu perbuatan yang mulia. Ganjaran yang besar
menanti iaitu berupa naungan Arasy di akhirat kelak.
Sumber: FB Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
No comments:
Post a Comment