Sumber: FB Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil
Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas:
1] Pengamatan (Observation) tinggi
Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang
2] Keinginan untuk tahu tinggi (Curiosity)
Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara
3] Minat mendalam (Deep interests)
Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa
sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal
tersebut
4] Menerima infomasi dengan pantas (Fast Absorption Rate)
Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak
5] Ingatan yang tinggi (High Memory)
Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat
6] Mungkin dapat membaca lebih awal (Early Reading Skills)
Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun
7] Kerap membaca serta meluas
Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas
8] Tatabahasa yang tinggi
Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik
9] Tahap penumpuan yang lama
Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang
lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak
menggunakan daya pemikiran
10] Kebolehan menyelesaikan masalah
Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang
sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi
11] Suka bertanya dengan lebih teliti
Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku
12] Keupayaan imaginasi yang tinggi
Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh
mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya
13] Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar
14] Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir
air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu
serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati
terhadap haiwan
15] Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain
16] Bersemangat dan bertenaga
Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka
masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian
17] Pandai berjenaka
Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami
18] Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna
19] Perkembangan asynchronous
Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan social adalah tidak selaras
sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak
10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya
dakanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.
No comments:
Post a Comment