Wednesday 15 May 2013

Prinsip Pemakanan Bayi

PRINSIPNYA

"Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap"

1. Teruskan penyusuan susu ibu dengan kerap.

2. Beri kanak-kanak makan makanan yang digemari.

3. Galakkan kanak-kanak untuk makan makanan yang lembut, pelbagai dan menyelerakan.

4. Setelah anak sembuh daripada sakit atau sedang pulih, beri dia makan lebih kerap dan galakkan dia makan lebih daripada biasa.

RASIONAL

Keperluan cecair adalah lebih tinggi semasa sakit. Contohnya, semasa cirit-birit, kehilangan air selain daripada urin boleh mencecah sehingga 2 - 3 kali ganda daripada biasa. Demam juga boleh meningkatkan kehilangan air. Dalam keadaan ini, adalah penting untuk memberi air lebih daripada biasa. Kanak-kanak yang sakit didapati lebih suka menyusu berbanding makan makanan lain (Brown et. al. 1990).

Oleh itu, penyusuan susu ibu harus diteruskan dengan kerap.

Walaupun bayi dan kanak-kanak mungkin kurang berselera ketika sakit, pemberian makanan pelengkap perlu diteruskan untuk mengekalkan pengambilan nutrien yang mencukupi dan mempercepatkan proses penyembuhan (WHO, 2004).

Selepas sembuh, kanak-kanak perlu mengambil lebih nutrien untuk menggantikan nutrien yang hilang sewaktu sakit dan untuk pertumbuhan yang lebih pesat. Lebih makanan diperlukan sehingga kanak-kanak menambah semula berat badan dan membesar dengan baik.

Disediakan Oleh: Kumpulan Kerja Teknikal Pemakanan Bayi Dan Kanak-Kanak Kecil, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia

Sharing is Caring sentuhankasih-ibu.com

No comments:

Post a Comment