NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU
1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia
perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar
dengan bekerja dalam bidang tertentu
dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka
retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari
pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan
kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.
2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan
relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada
wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan
modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya
mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.
3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan
sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha
keras,kejayaan tidak akan datang.
4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr
Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak
untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip
mata.
5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali
jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis
masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.
6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan
sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap
dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.
7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin
moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk
berkualiti dan berjaya dalam pasaran.
8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah
kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau
mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu
kaki.
9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar
dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu
perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu
kita berjaya seperti mereka.
10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.
11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia
mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang
ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"
12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti
rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu
diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah
,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.
13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir
janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad
dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah
punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.
14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad
dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang
boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.
15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama
bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...
16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan
dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu
mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi
pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan
dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.
"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"
Nasihat beliau amat mendalam....
No comments:
Post a Comment