Tanda-Tanda Awal Kanser
1. Kanser Pangkal Rahim - Sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
2. Kanser Payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada atau bawah ketiak. Keluar cairan darah di puting, pembesaran kalenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
3. Kanser Usus Besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat
badab, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang
air.
4. Kanser Paru-Paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
5. Kanser Perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem
pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6. Kanser Limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,
turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen
membengkak.
7. Kanser Ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan
keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersetubuh, ketumbuhan bulu
rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.
8. Kanser
Otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau
lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
9. Kanser Prostat - Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
10. Kanser Darah (Leukimia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat infeksi.
11. Kanser Tekak - Suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
Sumber: FB Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
No comments:
Post a Comment