Tuesday, 26 February 2013

Hanya Pendapat

Perasan x sekarang, kalau pasangan yang baru dapat anak pertama mesti buat majlis akikah dan cukur jambul dengan majlis dah ala2 kenduri kahwin? X pun majlis b'day anak macam kenduri kahwin juga? 

Sakura rasa ini adalah sesuatu yang perlu difikirkan ia perlu atau tidak. Fenomena nie melanda sejak beberapa tahun kebelakangan nie jer. Sakura sangat x paham, nie majlis anak ker majlis mak bapa sebenarnya. Bukanlah bermakna Sakura jeles. Tapi untuk fikirkan yang hidup kita dah lebih kepada pembaziran. Majlis akikah tue memang dah seperti yang Islam anjurkan. Tapi x perlulah dengan majlis yang membaziran. Nie siap dengan pelamin, beg goodies, badut jemputan dan berbagai lagi. Tujuan majlis akikah adalah untuk menjamu orang makan dan menyatakan kesyukuran dengan kurniaan Allah. Tapi kalau dah membazir, tak perlulah rasanya. 

Kita pun sebenarnya telah mengajar anak kita kearah pembaziran dan menunjuk-nunjuk sebenarnya. Bila buat majlis macam nie, semuanya perlukan duit. Jadi adalah lebih baik sebenarnya kita mengajar anak kita untuk bersama kegembiraan dengan orang yang bernasib kurang baik dari anak kita. Buat majlis kat rumah anak yatim supaya anak kita kenal yang hidup nie ada kawan-kawan mereka yang tiada mak ayah. Jadi anak kita perlu bersyukur kerana ada mak dan bapa. Selain itu supaya mereka lebih menghargai kita sebagai ibu bapa mereka.

Macam yang pernah Sakura bagi tahu dulu masa baby Rais lahir. Cara adik Sakura buat majlis akikah adalah tempah masakan kambing tue dengan katerer. Lepas tue bagi kat jiran dan saudara mara. Ringkas dan tiada pembaziran. Rumah pun x kacau. Hidup jangan membazir nanti Allah murka 

sumber En google





No comments:

Post a Comment