Monday 12 March 2012

Mohd Rais Naufal Bin Mohd Amir






Alhamdulillah dengan selamatnya Mariam@adikku melahirkan putera sulung@first generasi kedua Hj Idris@ke lapan generasi ketiga Hj Jamali pada 5.3.2012. Sorry yer dik, time tue kakak tengah bercuti@bersuka-suka di Bandung. Nama putera sulung generasi kedua nie, Mohammad Rais Naufal bin Mohd Amir. 

Baby Rais nie memang kuat semangat betul. Ape taknya, lahir je dah berpisah dengan maknya sebab kena di masukkan ke Hospital Ampuan Rahimah sebab ada jangkitan kat paru-paru@pernafasan abnormal. Lagipun Klinik Razif x d pakar kanak-kanak. Kesian baby Rais dan Mariam pun kesian gak sebab terpaksa berulang dari rumah untuk feeding baby Rais. Akhirnya hari Jumaat, baby Rais dah boleh balik rumah selepas pernafasan normal dan penyakit kuning pulih. 

Hari Sabtu lepas barulah, makciknya@Sakura yang bertuah nie balik tengok baby Rais. Alhamdulillah juga, aqiqah utuk baby Rais dah selamat disempurnakan. Buat sekor kambing sebab yang sekor lagi buat kat Segamat. Cara paling ringkas idea bapa Rais@Mohd Amir@adikku sendiri, tempah dengan Saleha Catering Kg Delek untuk masak kambing kuzi, lepas tue bungkus sendiri untuk hantar kat semua yang terdekat. Senang x payah bersepah rumah dan kos pun x banyak. Insa'allah klu ada rezeki pun, Sakura nak buat macam tue jer.  Tak perlu nak susahkan orang lain. Ringkas dan mudah. Almaklumlah, makcik-makcik semua dah x berapa kuat nak tolong. Jadi jangan susahkan orang lain.

Semoga baby Rais akan menjadi anak yang soleh, bertanggungjawab kepada keluarga dan hidup dalam keberkatan di dunia dan akhirat.

^V^: Sakura akan merindui baby Rais untuk selama tempoh Mariam berpantang, baby Rais akan balik Segamat hari nie.

No comments:

Post a Comment