Friday 22 February 2013

Simpan Duit Tue!

Mendapat khabar dari keluarga yang adik beli kereta. Ya Allah! dia beli juga. Padahal dah nasihat dah hari tue jangan beli dulu. Tunggu stabil dulu dan buat simpanan nak kahwin. Lepas tue baru la nak beli kereta. Rupanya nasihat yang Abang dan Kakaknya nie masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Nasibla, kereta pun dah beli. Nak cakap lelebih, Sakura nie kakak ipar jer. Kalau adik sendiri dah lama kena sound tepek. Tapi nanti kalau nak kahwin x d duit, memang kakak ipar kau nie bagi sound tepek juga.

Sakura memang sangat x setuju kalau yang baru kerja nie, pasang niat nak beli kereta dulu lepas beberapa bulan kerja. Sebabnya duit gaji tue memang x cukup pun untuk ko beli kereta sebabnya ko ade urusan yang lebih besar dalam hidup iaitu "NAK KAHWIN". Belanja nak kahwin nie bukan sikit  tau. Makan puluh ribu gak (termasuk hantaran dan belanja kahwin, sebabnya awak lelaki). Kalau duit instalment kereta yang RM700 tue simpan dulu dalam masa setahun (simpan dalam ASB or Tabung Haji). Setahun ko dah dapat RM8400. Bila dah lepas tue ko tukar la jadi Sijil ASB (kalau amik ASB) supaya x boleh nak keluarkan duit tue dan biarkan sampai masa nak kahwin (mungkin dalam next 2 years). Dalam masa yang sama ko simpan gak RM100 (paling minima) setiap bulan, bila masa nak pakai tue dah ade RM12,000. Ok la tue. Tinggal nak menabung sikit2 jer. X payah dah nak meminjam bank or keluarga. Lepas kahwin dah x payah pening kepala pasal hutang. Mula dah fasa lain.

Bagi Sakura kita nie memang disogok dengan material kereta (menang peraduan habuan kereta). Maka terdidikla dengan kekayaan diukur dengan kereta yang dipakai. Sakura x kisahpun pakai kereta kecik tapi ada rumah sendiri landed or ada rumah yang sempurna. Harga rumah tiap2 bulan naik tapi harga kereta turun. hari nie ko beli kereta harga RM150,0000 esoknya harga kereta tue dah jadi RM149,000. Rugi....rugi...rugi.......


No comments:

Post a Comment