Fasa baru dalam kehidupan si Rais, nak tumbuh gigi. Habis dia p asah gusi kat benda yang keras macam kat tepi perabot. Extrem betul gatal gusinya. Kelakar pun ade, kesian pun ade.
Baru-baru nie dapat jumpa petua yang boleh meredakan gatal gusi. Sumber nie seperti biasa dari FB: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama's
Petua Redakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi
1. Anda tidak dapat lakukan apa-apa untuk membuat gigi muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangkan kesakitannya bila proses itu bermula. Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.
2. Jika bayi anda benar-benar dalam kesakitan, anda boleh berikan paracetamol kanak-kanak dalam dos yang ditetapkan. Jika anak anda demam atau tidak dapat ditenangkan, jumpa doktor anda – dia mungkin menghidap infeksi telinga atau penyakit yang lain.
3. Apabila giginya sudah tumbuh, ia terpulang pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja.
4. Jangan tidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi.
5. Rujuk pada doktor atau doktor gigi sama ada anda perlu memberikan anak anda fluorida (titis pembasmi kaviti ini hanya diperlukan jika anda tinggal di kawasan yang sumber airnya tidak ditambahkan florida).
6. Pada sekitar usia 18 bulan, anak anda mungkin sudah bersedia untuk belajar memberus giginya sendiri. Anda harus menolong dan memeriksa sama ada dia telah memberus dengan berkesan untuk beberapa tahun lagi, tetapi ia adalah kebiasaan yang baik untuk dimulakan. Tunjukkan cara untuk menggerakkan berus pada giginya. Gunakan berus yang lembut dan setitik sahaja ubat gigi. Anda tidak perlu memberus mengikut sesuatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi.
7. Jika anak anda tidak suka pada rasa ubat gigi, cubalah jenama yang lain, ataupun lupakannya sama sekali. Anda tidak memerlukan ubat gigi kecuali jika diet anak anda mengandungi banyak makanan bergula – yang anda harus elakkan juga. Jika dia ada menikmati gula-gula, misalnya semasa di majlis harijadi, pastikan dia memberus giginya sejurus selepas makan, atau galakan dia mengakhiri hidangannya dengan makanan masin seperti sekeping keju.
8. Sekitar harijadinya yang ketiga, buat temujanji dengan doktor gigi anda supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan proses pemeriksaan gigi.

No comments:
Post a Comment