Perkongsian ilmu yang Sakura dari sumber FB Kelab Penyusuan Si Manja
PENEMUAN SAINS MENGENAI SUSU IBU BUKTI KEBENARAN AL-QURAN
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),
dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang
demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
(Surah Luqman: ayat 14) ♥
Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita
mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu
kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa
makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air
masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta
hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada
masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga,
alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga
menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg,
seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu
membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang
disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar
di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan
membunuhnya”.
♥ Manusia berusaha untuk mencari cara melawan
kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun
Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan
penyakit berbahaya ini.
Satu lagi penelitian yang dilakukan
oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi
susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang
diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang
disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
♥ Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna
bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab
untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah
bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang
dibawa Kalam Allah ini, ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului
penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabad yang lalu.
:: Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
♥ Akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu
mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga
membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari
dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser
payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu,
faedahnya adalah seperti berikut:
♥ Jika mampu memberi susu ibu
kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk
membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan
bila-bila masa.
♥ Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan
bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi
kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan
karbohidrat untuk bayi.
♥ Tiada susu yang setanding susu ibu
untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia
mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan
kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
♥ Di dalam
Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan
anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah
menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam
Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
♥ Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Sumber: Merentasi Dunia Ilmiah Islam
♥ Kelab Penyusuan Si Manja ♥
No comments:
Post a Comment