Dalam entry lepas Sakura ade cerita pasal berjaya dapat sponsor belajar. Maka Sabtu dan Ahad lepas, dah bermula dah episod sebagai seorang pelajar separuh masa di UTM. Terpaksa beralih arah dari UiTM ke UTM. Walau apepun azam dan cita-cita x pernah beralih arah. Tetap setia kepada pembinaan.
Kelas pertama dan kedua, subject sama, interpersonal skill & cross culture management. Subjek nie baru dan senior sebelum nie pun x d subjek nie. Nampaknya x bolehla nak skodeng soalan xzm. X pa lah. Usaha sendiri. Jadual kelas memang dari 9 pg hingga 5 ptg. Tapi Dr yang mengajar tue sempoi, habis chapter kita balik. Sudahnya untuk 2 hari kelas, balik pukul 2.30ptg.
Duduk dalam kelas "tua" nie kena banyak berintraksi semasa sesi pembelajaran. X macam masa degree dengan diploma, kita hanya terima maklumat. Kat sini kita kongsi maklumat. Sudahnya memang x tidor la sebab semua kena bercakap dan menyampaikan pendapat. Lagi satu perubahan besar adalah penilaian kelas, boleh nego. Kelas degree dengan diploma memang x dapat la kan. Tapi pelajar UiTM (master project management) pun x boleh nego. Nampak macam senang tapi mungkin susah nak score kot. Walau apepun kita tengok akhir sem nanti yer.
Kelas cuti selepas 2 minggu ade kelas. Tapi rasanya x cuti pun sebab kena siapkan assingment. Assingment pertama dah dapat dan kena submit pada kelas terakhir. Nampak macam banyak masa tapi singkat sebenarnya masanya.
Ya Allah kau cekalkan hatiku ini untuk belajar yer
No comments:
Post a Comment