Thursday 31 May 2012

Tips Beli Rumah : Part 3

Ramai antara kita akan berada dipersimpangan dalam memilih loan rumah, antara pembiyaan loan Conventional dan loan Islamic. Berdasarkan pengalaman Sakura, loan Islamic menjadi pilihan. Ini disebabkan perjanjian untuk loan Islamic adalah sangat detail dan menerangkan secara terperinci dari mula  sampai akhir. X macam loan Conventional yang menerangkan secara dasar dan tidak menerangkan kaedah terperinci.

Lagipun kelebihan Islamic, interest  paling maksimum telah ditetapkan. Kalau interest  naik melebihi dari maksimum yang ditetap. Kita hanya pakai maximum interest yang ditetapkan sahaja. Walaupun interst yang dikenakan tidaklah sebaik loan Conventional. Mungkin loan Conventional boleh bagi BLR-2.4, Islamic mungkin akan bagi BFR-2.0.

Kalau baca buku En Azizi Ali dan En Shamsudin Kadir, kedua mereka menyarankan agar mengambil loan Islamic



Tuesday 29 May 2012

Tips Beli Rumah: Part 2

Ingat lagi tak dalam entry Sakura pasal Tips Permohonan Loan Rumah. Kat dalam tue Sakura ada tegaskan kena apply loan ke seberapa banyak bank untuk dapat rate yang baik. 

Selain dari faktor tersebut, masalah penilaian rumah juga penyumbang kepada kenapa kena apply banyak bank. Setiap bank yang nak beri pinjaman rumah, semestinya akan semak value rumah terkini untuk dijadikan asas kepada pinjaman yang akan di luluskan Untuk rumah pertama dan kedua, loan boleh sampai 90% dari value rumah. Untuk rumah yang seterusnya, loan hanya 70% sahaja. Setiap penilai akan menilai rumah berdasarkan database harga rumah yang mereka ada. Database nie boleh dari penjualan rumah yang berada disitu sama ada memang status dijual atau lelong. Kalau dapat database rumah dari rumah lelong nie yang payah, sebab harga rumah mungkin 'under market value'. Nak selamat memang kena apply  banyak dan tengok sape beri value rumah paling tinggi untuk meet dengan kehendak kita. 

Kalau rumah baru memang senangla sebab penilai akan guna jer harga rumah tue sebagai asas.

Bukan Senang Nak Senang dan Bukan Susah Nak Susah.

Monday 28 May 2012

Hari Belia 23- 27 Mei 2012

 
Semalam berakhirnya Hari Belia 2012 di Putrajaya, dan untuk tahun keduanya Sakura x dapat g sebab tiada di Putrajaya di hujung minggu (berada di PD kerana kenduri kahwin Helmi). Aman rasanya tahun nie sebab dema x buat pertandingan futsal non stop. Jadi dapatlah tido dengan aman di malam hari. Tahun lepas dema dok bising tak kira tgh azan dan orang nak tido malam. Tahun nie lebih hormat sikit kat penduduk setempat. Terima kasih la pihak penganjur yang mendengar keluhan kami. 

Tahun nie ada 500 acara diadakan . Masa sebelum berlangsung, nampak meriah dari Dataran Putra sampai ke bangunan KBS dengan khemah. Melecet kaki nie berjalan. Bukan setakat tue, kiranya merata juga meriahnya sampai ke PICC dan Pusat Rekreasi Air. Kira meriah la Putrajaya nie yang biasanya aman damai dan tenteram.

Agak mendukacita juga, apabila terdapat kemalangan akibat menonton 'drag car'. Yang mana ada tercedera parah dan cedera ringan akibat dilanggar oleh kereta yang terbabas. Sakura dapat tonton dari Youtube (sorry la x dapat upload). Next year perlu di tambah ciri keselamatan sekiranya nak diadakan aktiviti nie.




Friday 25 May 2012

Hadiah

Hadiah ape yang teristimewa pernah diterima (pinjam tajuk pagi Hot.Fm).
Masing-masing pun bagi tau lah pernah dapat cincin berlian, kereta, rumah, coklat, bunga, teddy bear dan sebagai. Tapi Sakura  nak berkongsi adalah hadiah yang kecil dan murah akan lebih memberi nilai istimewa kepada penerimanya kerana kita menghargai pemberian yang diberikan dari pemberi istimewa. Pemberian nie pun tak lah semestinya di hari istimewa, hari biasa pun boleh. 

Kalau Sakura suka jer kalau dapat cokelat Cadbury yang bernilai RM 3, suka jer kalau dapat Cornetto byk2, suka jer dapat teddy bear.

Hadiah merupakan pemberian bagi menghargai seseorang.




Thursday 24 May 2012

Sebulan Satu Buku:1


Buku nie dah selamat Sakura tamatkan untuk bacaan bulan nie. Dah lama dah mencari dan kebiasaanya stok x d. Masa Pesta Buku yang lepas, akhirnya Sakura berjaya memiliki buku nie. Baku nie bagus kepada sesape yang berkeinginan untuk menyelesaikan hutang kad kredit dan hutang2 yang tidak patut dalam kehidupan. Sesuai utk dijadikan hadiah untuk anak sedara yang baru grad dan akan memasuki alam perkerjaan. Kiranya nak bagi peringatan supaya x terjebak dengan hutang kad kredit

Nie Chapter yang ada dalam buku tue:

Bahagian 1
Tahu Kehendak Pengguna 
Bahagian 2
Tidak Banyak Hutang 
Kenapa Kita Berhutang? 
Jenis-Jenis Pinjaman 
Kenapa Hutang Masih Tidak Habis? 
Urus Kewangan Dengan Bijak 
Bahagian 3
Bagaimana Bebas Daripada Hutang? 
Pentingnya Merancang Kewangan 
Jangan Buat Hutang Lagi 
Hidup Aman Tanpa Hutang
Tip Untuk Semua 
Kad Kredit, Oh Kad Kredit

SELAMAT MEMILIKI DAN MEMBACA 

Wednesday 23 May 2012

Debat PTPTN



Malam tadi diadakan Debat PTPTN diantara Mohd Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR) dan YB Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO). Secara dasarnya (Ayat Gomen) berkisar janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan tinggi percuma kepada rakyat. Menarik dengan perdebatan hangat keduanya. Masing-masing mengemukakan hujah dan fakta masing-masing tetapi tidak dapat dipastikan sama ada fakta yang diberi adalah berdasarkan sumber sahih mana. Jadi dengar jelah Accountant dan Politician menyampaikan hujah. Tak tahulah sape yang manipulate data dan fakta. Jadi marilah sama-sama buat kajian.

Pandangan Sakura pula pasal PTPTN nie, masih perlu diteruskan dan perlu dibuat kajian semula dari segi caj pentadbirannya. Yang meminjam pulak, jangan lari dari tanggungjawab membayarnya. Asas meminjam dalam Islam pun, sape berhutang adalah wajib bayar balik hutangnya dan sekalipun telah meninggal dunia, hutangnya perlu dilangsaikan oleh warisnya. 

PTPTN nie diwujudkan untuk pelajar-pelajar mendapatkan pembiayaan pelajaran semasa di third level education. Pinjaman nie diberikan kepada sesiapa yang berminat dan telah dimaklumkan akan dikenakan caj pentadbiran semasa mereka menandatangan perjanjian. Sebenarnya pelajar masih lagi boleh memohon untuk pinjaman yang lain kalau rajin mencari. Tetapi pada masa Sakura belajar dulu memang dah tersedia kaunter PTPTN untuk dimohon. Jadi pelajar nie ambil jelah tanpa bersusah payah. Maka ramailah yang ambil tanpa memikir panjang masalah dimasa hadapan. Sampai ada yang Ibubapa yang bertaraf Pengarah pun, anak nak belajar buat pinjaman PTPTN. Hak masing-masingla. Tapi sebagai ibu bapa yang berkemampuan macam ni, sepatutnya dapat menyediakan kewangan bagi anak-anak pembelajaran anak. Kalau dah pinjam pandai-pandai la bayar. 

Yang sebenarnya PTPTN nie x d lah kejam untuk mewajibkan semua peminjamnya bayar balik pinjaman yang dibuat. Sebabnya ada pengecualian bagi mereka yang meminjam PTPTN diperingkat Degree dan mendapat First Class yang mana mereka nie tidak perlu bayar balik. Setakat nie diantara kawan Sakura yang dapat pengecualian ada 2 orang Shahrizan Ahamad (my best fren) dan Illancelvan. Nie yang sepatutnya pelajar sedar, pelajar kena berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat First Class dan dikecualikan dari membayar PTPTN. Nie tak, dah la meminjam, belajar main-main, keputusan bawah CGPA 2, tengah belajar kena buang sebab tak layak teruskan pengajian. Hutang dah la kena bayar, nak cari keje pun susah sebab x d qualification.

Buat pengetahuan semua Sakura bukanlah peminjam PTPTN dan semasa Sakura belajar dulu, Sakura x dapat sebarang pinjaman dan semuanya kos belajar Mak yang tanggung. Sebab pendirian Mak dulu, "X payahlah pinjam, nanti dah keje nak kena bayar balik, setakat UITM Mak mampu lagi tanggung". Terngiang lagi suara mak cakap macam tue. Alhamdulillah, Sakura membuat keputusan yang betul sebab masa lepas SPM dulu memang Sakura nak sangat sambung belajar peringkat diploma kat UiTM. Alasannya, itulah universiti yang paling dekat. Dan bila dah masuk baru tau kos pengajian kt UiTM paling murah (pada masa RM300 sesemester, masa degree naik sikit dalam RM450 rasanya). Sebelum tue lagi dah X dhati langsung nak sambung Degree terus kt UTM. Pendirian Sakura dulu, nak sambung diploma untuk tiga tahun sebab kalau dah x minat belajar boleh gak dapat keje, dari sambung terus degree yang makan masa empat tahun yang tidak di ketahui cobaan yang mendatang. Jadi masa isi borang UPU (sekarang pakai online jer) semua pilihan Sakura dari no 1 sampai no 4. Diploma Civil Eng UiTM. (dari yang pure, bangunan, ukur dengan ape tah 2 lagi ).

"TERIMA KASIH MAK untuk Pengorbanan Mak"

Thursday 17 May 2012

Hari Guru



Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik, tak kira warga pengajar tadika, sekolah rendah, sekolah menenggah dan institusi pengajian tinggi@lanjutan. Tanpa warga pendidik, kehidupan anak bangsa tidak akan kemana. Terima kasih dengan ilmu yang diberikan dan kesabaran mendidik anak bangsa. Kalau nak disebut kat sini memang banyak guru yang yang mengajar Sakura. Ada yang yang masih ingat namanya dan x ingat pun banyak jugak. Wah, dah tua nak mengingat rupanya! 

Sebenarnya istilah guru bagi Sakura, ia bukanlah seperti yang Sakura sebutkan di atas sahaja. Yang sebenarnya dan tidak tipunya adalah Mak dan Bapa Sakura adalah guru yang banyak mengajar Sakura. Walaupun tidak secara formal, tapi tanpa ajaran Mak dan Bapa, Sakura tak kemana juga.  Mak dan Bapa lah yang mengajar kita macam mane makan, minum, berjalan, dan yang penting mengajar erti sebuah keluarga bahagia dan menyayangi antara satu sama lain.

Love my Mak n Bapa.

Menjadi pendidik adalah tugas berat yang dipikul dan tidak semua orang mampu mengalasnya. Macam Sakura juga, kalau dulu sebelum habis belajar mesti mak cakap  " ko habis belajar nanti jadi Cikgu jelah". Errrkkk tidak sama sekali bagi Sakura menjadi cikgu. Sebab pendirian Sakura, kalau x ikhlas nak mengajar jangan buat kerja nie. Kerjaya sebagai guru adalah mulia dan martabatnya tinggi. Jadi Sakura tidak akan menjadikan kerjaya cikgu sebagai kerjaya tangkap muat kerana tiada tempat dalam kerja impian. Sekali kita menjadi cikgu, selamanya masyarakat akan panggil kita cikgu sampai bila-bila. 

Terima kasih Cikgu untuk semua ilmu dan kebaikan yang kau curahkan.

Monday 14 May 2012

Sedih


Hari-hari yang sedih buat Sakura dari Jumaat dan Ahad. Ape taknya hari Jumaat (11.05.2012) birthday Mak dan Ahad, Mother's Day. Dah 6 tahun Sakura x merasainya. 

Kepada sesape yang ada lagi Mak@Ibu@Ummi, hargailah sementara masih ada. 

Kalaulah ibu yang lahirkan kita nie dah meninggal dunia, hidup kita akan rasa kekurangan. Sebab tengok muka ibu dapat pahala apatah lagi berbuat baik. X d orang nak memahami perasaan kita sebaik Mak. Walaupun kita ada suami, bapa, mak mertua, bapa mertua dan adik beradik lain. Hanya mak orang yang sangat memahami sebab kita keluar dari perut ibu. Miss u Mak......Al -Fatihah

Wednesday 9 May 2012

Penama


Sakura pernah mendengar kenyataan dari Kak Lin (sepupu Sakura) yang dia nak namakan penama bagi insurans dan harta kepada orang lain bukan kepada suaminya. Mula-mula tue Sakura rasa macam pelik la pulak, boleh ker dinamakan penama kepada orang lain yang dipercayai untuk menguruskan harta kita apabila kita mati.  Jadi Kak Lin bagi tau alasan nya, kebiasaan kalau kita pergi perjalanan jauah, kita mesti satu keluarga pergi, pemandu kereta adalah suami, kita yang isteri akan duduk disebelahnya dan anak-anak akan duduk dibelakang. Sekirannya kemalangan berlaku dan menyebabkan kedua ibu bapa nie meninggal dunia, mungkin anak-anak tadi akan terselamat. Untuk anak-anak nie, bagaimana dengan masa depan mereka untuk hidup. Macam mane mereka nie nak menguruskan harta yang ada dari kedua ibu bapa yang dah meninggal dunia nie. 

Sebab tuelah penting untuk kita namakan adik beradik yang dipercayai atau wasi yang mampu menjadi pengurus harta apabila kita meninggal dunia dalam keadaan nie. Memang alasan yang munasabah dan terbukti bila kawan kete Lancer kepada Bob (kawan Sakura dan Tuan Faizal) yang meninggal dunia bersama isteri di Gambang pada Ahad lepas. Pasangan nie dalam perjalanan balik dari Kuantan (kalau x silap) ke Kuala Lumpur. Kemalangan yang menyebabkan suami isteri nie meninggal dunia kerana cedera parah. Tapi anak mereka yang berusia  7 bulan terselamat dari kemalangan maut tue. Sedih bila mengenangkan nasib si anak tadi. Sempat merasa kasih sayang ibu bapanya untuk 7 bulan dan kini hidup yatim piatu. Semoga kebajikan dan anak ini akan terjaga oleh waris yang tinggal.

Nasihat Mak Sakura dulu pulak, sebelum dapat anak bolehla namakan kepada suami atau isteri, tetapi bila dah ada anak, terus tukar penama tue kepada anak.

Monday 7 May 2012

Tips Permohonan Loan Rumah

Nie adalah beberapa saranan yang Sakura boleh sampaikan semasa mendapatkan kelulusan Loan Rumah

1. Setelah dapat Draft S&P dari peguam, buat seberapa banyak copy untuk dihantar ke bank untuk permohonan loan bank, jangan lupa pulak dokumen wajib yang perlu disertakan :
   a) salinan IC (jgn lupa letak Bank XXX used only) - pemohon + peminjam bersama
   b) payslip 3 bulan - pemohon + peminjam bersama
  c) bank statement gaji masuk untuk 3 bulan - pemohon + peminjam bersama
   d) EA form - pemohon + peminjam bersama
   e) surat offer kerja @surat confirm  - pemohon + peminjam bersama
Berdasarkan nasihat bank pula, jangan tandatangan ape2 S&P aggrement dan sewaktu dengannya selagi loan x approved. Ini bagi mengelakkan duit kita hangus kalau loan x lulus atau bank x nak disburst duit kerana ada masalah teknikal. Pembayaran pulak hanya buat booking atau 3% dari downpayment. Setelkan 7% selepas loan lulus atau masa sign S&P.

2. Hantar serentak (paling lewat dalam tempoh 5 hari) ke semua bank yang kita dah pilih untuk hantar. Kalau boleh cuti sehari untuk tujuan memohon loan. Kenapa perlu hantar banyak bank, ini bagi memudahkan kita nak pilih bank yang mana tawarkan instalment dan moving cost yang memberi kelebihan kat kita. Maklumat yang tetap mesti sama masa apply loan 
   a)jumlah pinjaman
   b)tempoh instalment

3. Pemilihan bank adalah berdasarkan info awalan yang di maklumkan di Website bank, ada bank yang telah tidak menawarkan interest yang diiklankan semasa kita mohon. Selain itu juga faktor membuat pembayaran nanti pun penting juga, jangan sampai menyusahkan diri untuk pergi membayar. Tapi sekarang dah mudah, internet banking dah ada, cuma kena caj jela.

4. Berdasarkan saranan En Azizi CFP dan Buku Azizi Ali, mereka nie syor agar pilih daily rest.

Lepas seminggu, keputusan akan keluar dan buat pemilihan setelah kesemua jawapan dari bank telah diterima.


*berkait juga tips beli rumah part 2, part 3, part 4

Wednesday 2 May 2012

Colmar Tropical

Akhirnya sampai juga Sakura kat tempat nie. Thanks Tuan Faizal yang akhirnya setuju nak bawa ke sini juga. Percutian sehari yang dapat merehatkan diri. Sakura booking tempat nie tru Agoda.com. Untuk tempahan bilik, disarankan ambil Deluxe Room queen bed sebab kat disini untuk Standard room cuma ada twin bed sahaja. Queen bed dah upgrade jadi Deluxe Room.

Kita orang sampai kat tempat nie pun dah dekat 9 mlm sebab Tuan Faizal ada keje urgent dan jemput Sakura kat pejabat pukul 7 mlm. Kita orang pun siap-siap beli McD sebagai bekalan la. Nanti sampai bilik boleh terus makan. Tempat nie bagi Sakura best untuk tujuan mengambil gambar. Pemandangan yang cantik dan berbeza dari tempat lain. Untuk yang nak ambil gambar kahwin, sangat menarik dan cantik.

  • Dalam bilik - selimut yang sangat selesa




  • Pemandangan malam - x d aktiviti malam pun, pukul 10 dah sunyi

  • Pemandangan siang - udara yang nyaman dan selesa










  •  Japanese Garden- penat nak naik, tapi bila dah sampai seronok sangat