Malam tadi diadakan Debat PTPTN diantara Mohd Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR) dan YB Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO). Secara dasarnya (Ayat Gomen) berkisar janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan tinggi percuma kepada rakyat. Menarik dengan perdebatan hangat keduanya. Masing-masing mengemukakan hujah dan fakta masing-masing tetapi tidak dapat dipastikan sama ada fakta yang diberi adalah berdasarkan sumber sahih mana. Jadi dengar jelah Accountant dan Politician menyampaikan hujah. Tak tahulah sape yang manipulate data dan fakta. Jadi marilah sama-sama buat kajian.
Pandangan Sakura pula pasal PTPTN nie, masih perlu diteruskan dan perlu dibuat kajian semula dari segi caj pentadbirannya. Yang meminjam pulak, jangan lari dari tanggungjawab membayarnya. Asas meminjam dalam Islam pun, sape berhutang adalah wajib bayar balik hutangnya dan sekalipun telah meninggal dunia, hutangnya perlu dilangsaikan oleh warisnya.
PTPTN nie diwujudkan untuk pelajar-pelajar mendapatkan pembiayaan pelajaran semasa di third level education. Pinjaman nie diberikan kepada sesiapa yang berminat dan telah dimaklumkan akan dikenakan caj pentadbiran semasa mereka menandatangan perjanjian. Sebenarnya pelajar masih lagi boleh memohon untuk pinjaman yang lain kalau rajin mencari. Tetapi pada masa Sakura belajar dulu memang dah tersedia kaunter PTPTN untuk dimohon. Jadi pelajar nie ambil jelah tanpa bersusah payah. Maka ramailah yang ambil tanpa memikir panjang masalah dimasa hadapan. Sampai ada yang Ibubapa yang bertaraf Pengarah pun, anak nak belajar buat pinjaman PTPTN. Hak masing-masingla. Tapi sebagai ibu bapa yang berkemampuan macam ni, sepatutnya dapat menyediakan kewangan bagi anak-anak pembelajaran anak. Kalau dah pinjam pandai-pandai la bayar.
Yang sebenarnya PTPTN nie x d lah kejam untuk mewajibkan semua peminjamnya bayar balik pinjaman yang dibuat. Sebabnya ada pengecualian bagi mereka yang meminjam PTPTN diperingkat Degree dan mendapat First Class yang mana mereka nie tidak perlu bayar balik. Setakat nie diantara kawan Sakura yang dapat pengecualian ada 2 orang Shahrizan Ahamad (my best fren) dan Illancelvan. Nie yang sepatutnya pelajar sedar, pelajar kena berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat First Class dan dikecualikan dari membayar PTPTN. Nie tak, dah la meminjam, belajar main-main, keputusan bawah CGPA 2, tengah belajar kena buang sebab tak layak teruskan pengajian. Hutang dah la kena bayar, nak cari keje pun susah sebab x d qualification.
Buat pengetahuan semua Sakura bukanlah peminjam PTPTN dan semasa Sakura belajar dulu, Sakura x dapat sebarang pinjaman dan semuanya kos belajar Mak yang tanggung. Sebab pendirian Mak dulu, "X payahlah pinjam, nanti dah keje nak kena bayar balik, setakat UITM Mak mampu lagi tanggung". Terngiang lagi suara mak cakap macam tue. Alhamdulillah, Sakura membuat keputusan yang betul sebab masa lepas SPM dulu memang Sakura nak sangat sambung belajar peringkat diploma kat UiTM. Alasannya, itulah universiti yang paling dekat. Dan bila dah masuk baru tau kos pengajian kt UiTM paling murah (pada masa RM300 sesemester, masa degree naik sikit dalam RM450 rasanya). Sebelum tue lagi dah X dhati langsung nak sambung Degree terus kt UTM. Pendirian Sakura dulu, nak sambung diploma untuk tiga tahun sebab kalau dah x minat belajar boleh gak dapat keje, dari sambung terus degree yang makan masa empat tahun yang tidak di ketahui cobaan yang mendatang. Jadi masa isi borang UPU (sekarang pakai online jer) semua pilihan Sakura dari no 1 sampai no 4. Diploma Civil Eng UiTM. (dari yang pure, bangunan, ukur dengan ape tah 2 lagi ).
"TERIMA KASIH MAK untuk Pengorbanan Mak"
No comments:
Post a Comment