Thursday, 17 May 2012

Hari Guru



Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik, tak kira warga pengajar tadika, sekolah rendah, sekolah menenggah dan institusi pengajian tinggi@lanjutan. Tanpa warga pendidik, kehidupan anak bangsa tidak akan kemana. Terima kasih dengan ilmu yang diberikan dan kesabaran mendidik anak bangsa. Kalau nak disebut kat sini memang banyak guru yang yang mengajar Sakura. Ada yang yang masih ingat namanya dan x ingat pun banyak jugak. Wah, dah tua nak mengingat rupanya! 

Sebenarnya istilah guru bagi Sakura, ia bukanlah seperti yang Sakura sebutkan di atas sahaja. Yang sebenarnya dan tidak tipunya adalah Mak dan Bapa Sakura adalah guru yang banyak mengajar Sakura. Walaupun tidak secara formal, tapi tanpa ajaran Mak dan Bapa, Sakura tak kemana juga.  Mak dan Bapa lah yang mengajar kita macam mane makan, minum, berjalan, dan yang penting mengajar erti sebuah keluarga bahagia dan menyayangi antara satu sama lain.

Love my Mak n Bapa.

Menjadi pendidik adalah tugas berat yang dipikul dan tidak semua orang mampu mengalasnya. Macam Sakura juga, kalau dulu sebelum habis belajar mesti mak cakap  " ko habis belajar nanti jadi Cikgu jelah". Errrkkk tidak sama sekali bagi Sakura menjadi cikgu. Sebab pendirian Sakura, kalau x ikhlas nak mengajar jangan buat kerja nie. Kerjaya sebagai guru adalah mulia dan martabatnya tinggi. Jadi Sakura tidak akan menjadikan kerjaya cikgu sebagai kerjaya tangkap muat kerana tiada tempat dalam kerja impian. Sekali kita menjadi cikgu, selamanya masyarakat akan panggil kita cikgu sampai bila-bila. 

Terima kasih Cikgu untuk semua ilmu dan kebaikan yang kau curahkan.

No comments:

Post a Comment