Semalam berakhirnya Hari Belia 2012 di Putrajaya, dan untuk tahun keduanya Sakura x dapat g sebab tiada di Putrajaya di hujung minggu (berada di PD kerana kenduri kahwin Helmi). Aman rasanya tahun nie sebab dema x buat pertandingan futsal non stop. Jadi dapatlah tido dengan aman di malam hari. Tahun lepas dema dok bising tak kira tgh azan dan orang nak tido malam. Tahun nie lebih hormat sikit kat penduduk setempat. Terima kasih la pihak penganjur yang mendengar keluhan kami.
Tahun nie ada 500 acara diadakan . Masa sebelum berlangsung, nampak meriah dari Dataran Putra sampai ke bangunan KBS dengan khemah. Melecet kaki nie berjalan. Bukan setakat tue, kiranya merata juga meriahnya sampai ke PICC dan Pusat Rekreasi Air. Kira meriah la Putrajaya nie yang biasanya aman damai dan tenteram.
Agak mendukacita juga, apabila terdapat kemalangan akibat menonton 'drag car'. Yang mana ada tercedera parah dan cedera ringan akibat dilanggar oleh kereta yang terbabas. Sakura dapat tonton dari Youtube (sorry la x dapat upload). Next year perlu di tambah ciri keselamatan sekiranya nak diadakan aktiviti nie.
No comments:
Post a Comment