Sakura pernah mendengar kenyataan dari Kak Lin (sepupu Sakura) yang dia nak namakan penama bagi insurans dan harta kepada orang lain bukan kepada suaminya. Mula-mula tue Sakura rasa macam pelik la pulak, boleh ker dinamakan penama kepada orang lain yang dipercayai untuk menguruskan harta kita apabila kita mati. Jadi Kak Lin bagi tau alasan nya, kebiasaan kalau kita pergi perjalanan jauah, kita mesti satu keluarga pergi, pemandu kereta adalah suami, kita yang isteri akan duduk disebelahnya dan anak-anak akan duduk dibelakang. Sekirannya kemalangan berlaku dan menyebabkan kedua ibu bapa nie meninggal dunia, mungkin anak-anak tadi akan terselamat. Untuk anak-anak nie, bagaimana dengan masa depan mereka untuk hidup. Macam mane mereka nie nak menguruskan harta yang ada dari kedua ibu bapa yang dah meninggal dunia nie.
Sebab tuelah penting untuk kita namakan adik beradik yang dipercayai atau wasi yang mampu menjadi pengurus harta apabila kita meninggal dunia dalam keadaan nie. Memang alasan yang munasabah dan terbukti bila kawan kete Lancer kepada Bob (kawan Sakura dan Tuan Faizal) yang meninggal dunia bersama isteri di Gambang pada Ahad lepas. Pasangan nie dalam perjalanan balik dari Kuantan (kalau x silap) ke Kuala Lumpur. Kemalangan yang menyebabkan suami isteri nie meninggal dunia kerana cedera parah. Tapi anak mereka yang berusia 7 bulan terselamat dari kemalangan maut tue. Sedih bila mengenangkan nasib si anak tadi. Sempat merasa kasih sayang ibu bapanya untuk 7 bulan dan kini hidup yatim piatu. Semoga kebajikan dan anak ini akan terjaga oleh waris yang tinggal.
Nasihat Mak Sakura dulu pulak, sebelum dapat anak bolehla namakan kepada suami atau isteri, tetapi bila dah ada anak, terus tukar penama tue kepada anak.
No comments:
Post a Comment