Ingat lagi tak dalam entry Sakura pasal Tips Permohonan Loan Rumah. Kat dalam tue Sakura ada tegaskan kena apply loan ke seberapa banyak bank untuk dapat rate yang baik.
Selain dari faktor tersebut, masalah penilaian rumah juga penyumbang kepada kenapa kena apply banyak bank. Setiap bank yang nak beri pinjaman rumah, semestinya akan semak value rumah terkini untuk dijadikan asas kepada pinjaman yang akan di luluskan Untuk rumah pertama dan kedua, loan boleh sampai 90% dari value rumah. Untuk rumah yang seterusnya, loan hanya 70% sahaja. Setiap penilai akan menilai rumah berdasarkan database harga rumah yang mereka ada. Database nie boleh dari penjualan rumah yang berada disitu sama ada memang status dijual atau lelong. Kalau dapat database rumah dari rumah lelong nie yang payah, sebab harga rumah mungkin 'under market value'. Nak selamat memang kena apply banyak dan tengok sape beri value rumah paling tinggi untuk meet dengan kehendak kita.
Kalau rumah baru memang senangla sebab penilai akan guna jer harga rumah tue sebagai asas.
Bukan Senang Nak Senang dan Bukan Susah Nak Susah.
No comments:
Post a Comment