Monday, 7 May 2012

Tips Permohonan Loan Rumah

Nie adalah beberapa saranan yang Sakura boleh sampaikan semasa mendapatkan kelulusan Loan Rumah

1. Setelah dapat Draft S&P dari peguam, buat seberapa banyak copy untuk dihantar ke bank untuk permohonan loan bank, jangan lupa pulak dokumen wajib yang perlu disertakan :
   a) salinan IC (jgn lupa letak Bank XXX used only) - pemohon + peminjam bersama
   b) payslip 3 bulan - pemohon + peminjam bersama
  c) bank statement gaji masuk untuk 3 bulan - pemohon + peminjam bersama
   d) EA form - pemohon + peminjam bersama
   e) surat offer kerja @surat confirm  - pemohon + peminjam bersama
Berdasarkan nasihat bank pula, jangan tandatangan ape2 S&P aggrement dan sewaktu dengannya selagi loan x approved. Ini bagi mengelakkan duit kita hangus kalau loan x lulus atau bank x nak disburst duit kerana ada masalah teknikal. Pembayaran pulak hanya buat booking atau 3% dari downpayment. Setelkan 7% selepas loan lulus atau masa sign S&P.

2. Hantar serentak (paling lewat dalam tempoh 5 hari) ke semua bank yang kita dah pilih untuk hantar. Kalau boleh cuti sehari untuk tujuan memohon loan. Kenapa perlu hantar banyak bank, ini bagi memudahkan kita nak pilih bank yang mana tawarkan instalment dan moving cost yang memberi kelebihan kat kita. Maklumat yang tetap mesti sama masa apply loan 
   a)jumlah pinjaman
   b)tempoh instalment

3. Pemilihan bank adalah berdasarkan info awalan yang di maklumkan di Website bank, ada bank yang telah tidak menawarkan interest yang diiklankan semasa kita mohon. Selain itu juga faktor membuat pembayaran nanti pun penting juga, jangan sampai menyusahkan diri untuk pergi membayar. Tapi sekarang dah mudah, internet banking dah ada, cuma kena caj jela.

4. Berdasarkan saranan En Azizi CFP dan Buku Azizi Ali, mereka nie syor agar pilih daily rest.

Lepas seminggu, keputusan akan keluar dan buat pemilihan setelah kesemua jawapan dari bank telah diterima.


*berkait juga tips beli rumah part 2, part 3, part 4

No comments:

Post a Comment