Sakura nak share perkara penting yang perlu diambil kira semasa membeli rumah baru atau rumah secondhand kepada semua. Perkongsian pengalaman boleh dijadikanpanduan semasa membeli rumah. Pelaburan perumahan nie bukan sesuatu yang murah sebab kita kena menanggung berpuluh tahun untuk menyelesaikan instalment.
Untuk rumah baru, Sakura nasihatkan
1. Tanya kepada developer hiden cost yang ada semasa membeli rumah supaya kita tak membayar denda yang tak sepatutnya. Nie penting sebab ramai yang dah terkena penalty charge sebab bank lambat disburse duit kepada developer. Masa Sakura hari tue pun kena juga, Penalty sampai RM3K, Sakura bertegas untuk tak membayar sebab urusan adalah antara bank dan developer, kenapa perlu Sakura yang bayar. Sakura juga telah membuat tindakan melaporkan pada Tribual Pembeli Rumah untuk kes nie. So kelam kabut peguam merayu untuk tarik balik dan developer setuju untuk waive penalty.
2. Dengan bank pulak tanya dengan detail keselurahan kos akan kita tanggung seperti MRTA, penilai rumah dan lain-lain. Kalau boleh tanya detail tentang penilai rumah yang menilai sebab kos nie akan kita tanggung. Tengok quatation dulu sebelum bersetuju sebab banyak unnecessary kos yang dikemukakan.
3. Submit seberapa banyak permohonan loan kepada bank, supaya boleh compare yang mana lebih baik.
4. Sediakan duit untuk masuk rumah minimum RM10K. Ini untuk kos air dan elektrik, dan grill. Klu nak buat kitchen kabinet mungkin kena tambah sikit sebab kos kabinet sekarang dah RM6K ke RM8K.
5. Semasa dapat rumah pulak, check condition rumah dengan detail (pintu, tingkap, tangki air, pili, bilik air, lantai sinki dapur, salur air/kumbahan) untuk developer betulkan rumah. Kita diberi tempoh rasanya 2 minggu untuk kemukakan kerosakan yang ada. Mana yang x senonoh sikit workmanship, suruh jer dia buat balik.
6. Kos peguam kena confirmkan yang mana kita kena tanggung. Kos peguam untuk bank lebih baik bayar cash dan jangan dimasukkan dalam loan rumah.
7. Ambil loan kerajaan, pembiyaan 100% dan mengikut kelayakan . Tapi klu loan bank, pembiayaan hanya 90% dan 10% kena sediakan down payment.
8. Untuk perjanjian pulak, suruh peguam terangkan baris demi baris. Ape guna bayar peguam dan ayat dalam perjanjian pulak berbelit (susah nak faham maksudnya).
Untuk rumah secondhand pulak:
1. Pilih lokasi yang banyak kemudahan (kedai, bank etc) atau yang ada potensi ada kemudahan dimasa hadapan
2. Kemudahan aksess yang mudah untuk kerumah dan kurang kesesakan.
3. Klu boleh pilih rumah yang kurang kos semasa masuk rumah (rumah dah dilengkapi dengan grill, kabinet dapur dan tile yang yang berkeadaan baik).
4. Dapatkan value rumah terkini (maksimum loan yang boleh dibuat)dengan bank dan semak dengan seberapa banyak bank yang boleh. Ini sangat penting sebab harga yang ditawarkan oleh penjual agak tinggi dari yang dinilai oleh bank. Nanti banyak yang nak kena top-up. Prinsipnya 90% loan +10%down payment. Lagipun senang nak tawar harga supaya semua puas hati
5. Pastikan perjanjian yang dibuat dengan peguam meliputi semua perkara yang akan menyelamat kita. Contohnya mesti dimasukkan carpark (klu apartment yang mempunyai carpark sekali), kos peguam sape yang kena tanggung(pembeli atau penjual), kalau ada pihak yang menarik diri menjual atau membeli rumah tersebut downpayment hangus atau dipulangkan semula 100%.
6. Jangan sesekali serahkan duit terus kepada penjual rumah, mesti melalui peguam. Kerana dikhuatiri penjual rumah tadi melarikan duit downpayment dan menyatakan dia tak terima lagi.
7. Wajib buat lawatan rumah sebelum beli untuk melihat sendiri keadaan rumah yang dibeli. Kena pastikan rumah tue x bocor kat bilik air. Sebab kos pembaikan agak mahal untuk water proofing.
8. Kena sediakan sekurang-kurangnya RM10K untuk baiki kerosakan rumah yang ada dan repaint.
9. Kalau beli rumah tru agent, confirmkan betul-betul sape yang kena bayar.
10. Klu boleh cari rumah yang pemiliknya terdesak nak jual. Sebab pemilik akan below market value (nie dari pengalaman kawan)
11. Untuk apply loan pulak, dapatkan draft perjanjian rumah dengan peguam untuk apply loan terlebih dulu. Terlebih dahulu bincang dengan owner untuk bayar booking dulu (bayar kat peguam) dan pastikan yang booking tue boleh dapat balik 100% klu loan x lulus. Selepas lulus loan dengan bank dan mendapat consent SUK (nie bagi rumah low cost), baru bayar 10% dan sign S&P. Kalau x hanguslah down payment kalau loan x lulus.
9. Kalau beli rumah tru agent, confirmkan betul-betul sape yang kena bayar.
10. Klu boleh cari rumah yang pemiliknya terdesak nak jual. Sebab pemilik akan below market value (nie dari pengalaman kawan)
11. Untuk apply loan pulak, dapatkan draft perjanjian rumah dengan peguam untuk apply loan terlebih dulu. Terlebih dahulu bincang dengan owner untuk bayar booking dulu (bayar kat peguam) dan pastikan yang booking tue boleh dapat balik 100% klu loan x lulus. Selepas lulus loan dengan bank dan mendapat consent SUK (nie bagi rumah low cost), baru bayar 10% dan sign S&P. Kalau x hanguslah down payment kalau loan x lulus.
down payment + kos peguam |
byk kos pembaikan + down payment +kos peguam |
(Nie semua memang pengalaman Sakura semasa membeli rumah)
No comments:
Post a Comment