Perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan seperti kebiasaanya akan bertukar menjadi keganasan. Tiada perhimpunan aman sebenarnya dalam agenda mereka. Bak kata seorang bloger yang Sakura baca. Mereka nie sengaja mencetuskan api persengketaan dalam rakyat Malaysia. Berdasarkan matlamat yang diperjuangkan oleh Bersih 3.0 adalah memastikan sistem pilihanraya yang dijalankan dilankan dengan adil, telus, amanah dan beretika. Kalau nak dikatakan tak sediakan tempat, stadium untuk berhimpun dah disediakan, tapi ape ke hal nak buat kat Dataran Merdeka yang semamngnya x diluluskan.
Memang betul kata bloger tue, penganjur adalah umpama anak kecil, emak adalah polis dan bapa adalah rakyat. Scene dia macam nie, si anak main lompat-lompat atas katil ibu jadi si ibu tegur si anak supaya berhenti tetapi si anak masih berdegil dan meneruskan aktiviti melompatnya. Hilang kesabaran si emak tadi, dapt satu pukulan rotan, si anak tadi menagis kesakitan dan mengadu pada bapa yang si emak pukul dengan rotan. Si ayah pulak tanpa usul periksa dan mencari punca kenakalan si anak terus je marahkan emak tadi . Jadi si anak puas hati sebab bapa dah marahkan ibu.
Sebagai penjawat awam, Sakura tidak menyebelahi kepada mana-mana sebab sebagai penjawat awam adalah memastikan agenda kerajaan berjalan dengan baik dan teratur. Kalaupun dimasa akan datang Malaysia nie jatuh ke tangan pembangkang pun, Sakura kena sokong pembangkang. Penjawat awam adalah imej kepada kerajaan. Tapi hak mengundi adalah rahsia untuk Sakura pilih. Keutamaan Sakura cuma patuh kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ketua Negara akan melantik Ketua Kerajaan. Manakala Ketua Kerajaan adalah parti politik yang menang semasa pilihanraya.
Sakura juga sokong bloger tue kalau ada Perhimpunan Bersih di masa hadapan, parti politik BN pun turut sama menuntut keadilan pilihanraya bersama-sama. Sebabnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah badan bebas yang dilantik untuk menguruskan pilihanraya di Malaysia. Ia bukan badan yang dibayangi oleh kerajaan memerintah.
No comments:
Post a Comment