Alhamdulillah dengan kurniaan Allah yang melimpah ruah semenjak Sakura berkahwin. Semuanya berjalan tanpa dirancang dan lancar sahaja perjalanannya. Sekarang Sakura sangat percaya bahawa semua yang datang dalam kehidupan ini adalah dengan ketentuan Allah. Datangnya yang baik tidak semestinya berfaedah dan datang yang buruk, ada yang memberi manfaat. Redha dan berlapang dada dengan setiap apa yang berlaku
Sakura dapat merasakan setiap yang datang pastinya amat adil dan terbaik buat kita. Jika Allah mengurangkan rezeki kita di sini, tapi Allah tambahkan rezeki disana. Kalau kita rasa hidup kita susah, orang lain lagi susah dari kita. Melihat kesenangan orang lain, janganlah kita berasa cemburu. Berdoalah semoga orang itu juga bertambah ruah rezekinya dan untuk kita juga.
Kita hanya hamba yang menumpang di muka bumi. Kuasa dan ketentuan Allah tiada sape yang dapat menghalangnya.
No comments:
Post a Comment