Friday, 13 April 2012

Memancing

Semalam merupakan cuti umum sempena pertabalan Agong yang ke14. Agong yang dilantik kali ini adalah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim. 

Kalau dah cuti sehari biasanya Sakura akan melepak kat rumah jer. Tapi semalam tuan Faizal dipaksa rela dengan Mimi dan Hanif untuk g memancing kat kolam pancing Serdang. Mulanya Sakura malas gak nk ikut, tapi tuan Faizal cakap cuma 3 jam jer. Dengan berat hatinya Sakura ikut jugakla , dengan harapan Mira (wife Hanif) ikut sama. Rupanya Mira pun tak ikut. 

Kita orang sampai tempat tue dalam pukul 8 pagi. Tempat nie caj sejam RM12. Tempoh masa yang mereka ambil adalah 3 jam. Jadi pukul 11pg dah boleh balik la kan. Ramai gak yang datang memancing. Pukul berapa agaknya dia orang nie sampai yerk. 

Hasil tangkapan hari ini adalah adalah ikan siakap. Hanya Mimi yang berjaya, tuan Faizal dan Hanif tak berjaya. Besar betul ikan tue. Kena kerat dua  untuk mudah simpan dalam peti sejuk. Malam esok dah plan untuk kendurikan ikan tue kat Kedai Tomato kat Puchong (dekat rumah Mimi).







No comments:

Post a Comment