Wednesday, 11 April 2012

Fontana Cafe

Malam tadi Sakura telah mencuba makan di Fontana Cafe di Seri Kembangan. Kedai nie dah di tayang kt Jalan-jalan Cari Makan baru-baru nie. Nie Miera@ Mum Adam la yang ajak. Dinner with burger la kiranya tema malam tue. Kedai nie kt Tmn Equine, selepas Aeon Equine dan McD Seri Kembangan. 

Malam tue Sakura try Black Pepper Steak Burger dan tuan Faizal, OZ Burger. Memang besar gajah punya burger la kan. Hanya makan OZ Burger dan Black Paper Steak Burger tapau jela. Memang kenyang la sangat dan rasanya berbaloi untuk share dari segi kuantiti dan harga (harga RM15.40). 

Oz Burger +Fresh Orange (sungguh terserlah cairnya)
 
Rasanya kedai nie lebih sedap burger  Black Pepper Steak Burger dari OZ burger. Oz burger tue daging tebal dan agak keras. But yang steak tue memang sedapla. Berdasarkan taste Mimi (kwn tuan Faizal) Sirloin Steak tue sedap, tengok rupa memang sedap juga. Kedai nie hanya boleh dikunjung bila time banyak duit jer. Time muflis, g Umai@Laman Perdana lagi best.

Ada yang x berbaloi pasal kedai nie. Pasal orange juice dan sos cili. Sebabnya orange juice tue dekat RM7 dan cair habis@ sama standard orange juice kedai tomyam bawah pokok jer yang berharga RM3. Klu pekat dan gunakan oren perah, oklah kan. Old town pun 6 hinggit tp Twister tau. Yang kes sos cili pulak, kena cas seringgit,  klu kat kentang tue bagi banyak sos boleh la terima, nie memang sah kedekut sos (saiz yang diberi adalah sebesar piring sos McD). Next time kalau Sakura g, kena bawak sos sendiri, baru RM3 sebotol (nie harga kat doorstep.com.my). Kat McD top-up banyak pun FOC tau.

No comments:

Post a Comment