Tak tahu nak luahkan bagaimana untuk berita kali kedua yang Sakura terima nie. Secara jujurnya memang Sakura bagai dah x d perasaan, tiada sedih dan tiada terkejut. Mungkin pemikiran positif Sakura yang kuat menyatakan, Pak Long akan sihat. Cumanya yang terlintas difikiran, Pak Long dah tua, mampukah dia terima dan menghadapi penyakit istimewa ini. Klu ikutkan pun memang Sakura slow sikit bab perasaan sedih, tak macam mood "tamper" yang cepat datang cepat pergi. Masa mak meninggal dulu pun, dalam sebulan dua Sakura x rasa sangat sedih sebab berpegang pada semuanya dari Allah yang berkuasa mutlak, redha dan sabar dengan semua ketentuan-Nya. Tapi bulan seterusnya, perassan sedih makin menjadi-jadi terutamanya bila Sakura dapat kerja dalam bidang Sakura dan menjadi penjawat awam. Mahu tak sedih sebab mak selalu doakan Sakura untuk dapat kerja kerajaan.
Disaat kebahagiaan datang, Mak tiada disisi Sakura untuk berkongsi bersama.
Mak dulu disahkan "breast cancer" dan Pak Long pulak suspect "prostat cancer". Satu persamaan, ia adalah kanser, ketumbuhan luar biasa yang berbahaya. Bagi Sakura penyakit nie bukan kita boleh cegah dan nak datang kat siapapun. Hanya Allah yang memberi dan Allah juga yang menyembuhkan. Walau macam mana jaga pemakanan dan kesihatan pun, kalau Allah dah pilih kita untuk menerimanya, berlapang dada dan berdoa semoga sebelum mata terpejam, dapat lagi menambah amal untuk dibawa bekalan. Sekurang-kurangnya kita telah diberitahu yang ajal kita akan tiba masa walaupun tidak tahu bila. Kalau meninggal sebab kemalangan atau dalam tidur, cukupkan amalan yang akan dibawa.
Untuk pengalaman kanser yang pertama, banyak kesan yang telah berbekas dalam hati Sakura. Sangat perit dan air mata Sakura pasti akan tumpah kalau mengenangnya. (disaat nie airmataku dah berjuraian). Tak mampu untuk diluah macam mana perasaannya.
Last Birthday Celebrate dengan Mak......( air mata nie dh tumpah) |
No comments:
Post a Comment