Monday, 30 April 2012

3 Series

Happy Bithday 2 Me...........Happy Birthday 2 Me..........Happy Birthday 2 Me
Happy Birthday 2 Me

Alhamdulillah dengan keizinan Mu Ya Allah! dapat juga aku mencecah umur 30 tahun. 

 Semoga hari yang mendatang akan lebih membahagiakan dan mengembirakan hidup ini bersama-sama semua yang tersayang. Aku berdoa juga agar semua yang diimpikan akan dikecapi dan beroleh zuriat yang beriman soleh, membahagiakan dan menyenangkan hati kedua ibu bapa.


Sunday, 29 April 2012

Bersih 3.0


Perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan seperti kebiasaanya akan bertukar menjadi keganasan. Tiada perhimpunan aman sebenarnya dalam agenda mereka. Bak kata seorang bloger yang Sakura baca.  Mereka nie sengaja mencetuskan api persengketaan dalam rakyat Malaysia. Berdasarkan matlamat yang diperjuangkan oleh Bersih 3.0 adalah memastikan sistem pilihanraya yang dijalankan dilankan dengan adil, telus, amanah dan beretika. Kalau nak dikatakan tak sediakan tempat, stadium untuk berhimpun dah disediakan, tapi ape ke hal nak buat kat Dataran Merdeka yang semamngnya x diluluskan.

Memang betul kata bloger tue, penganjur adalah umpama anak kecil, emak adalah polis dan bapa adalah rakyat. Scene dia macam nie, si anak main lompat-lompat atas katil ibu jadi si ibu tegur si anak supaya berhenti tetapi si anak masih berdegil dan meneruskan aktiviti melompatnya. Hilang kesabaran si emak tadi, dapt satu pukulan rotan, si anak tadi menagis kesakitan dan mengadu pada bapa yang si emak pukul dengan rotan. Si ayah pulak tanpa usul periksa dan mencari punca kenakalan si anak terus je marahkan emak tadi . Jadi si anak puas hati sebab bapa dah marahkan ibu. 

Sebagai penjawat awam, Sakura tidak menyebelahi kepada mana-mana sebab sebagai penjawat awam adalah memastikan agenda kerajaan berjalan dengan baik dan teratur. Kalaupun dimasa akan datang Malaysia nie jatuh ke tangan pembangkang pun, Sakura kena sokong pembangkang. Penjawat awam adalah imej kepada kerajaan. Tapi hak mengundi adalah rahsia untuk Sakura pilih. Keutamaan Sakura cuma patuh kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ketua Negara akan melantik Ketua Kerajaan. Manakala Ketua Kerajaan adalah parti politik yang menang semasa pilihanraya.  

Sakura juga sokong bloger tue kalau ada Perhimpunan Bersih di masa hadapan, parti politik BN pun turut sama menuntut keadilan pilihanraya bersama-sama. Sebabnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah badan bebas yang dilantik untuk menguruskan pilihanraya  di Malaysia. Ia bukan badan yang dibayangi oleh kerajaan memerintah.

Thursday, 26 April 2012

Smart Tag



Masalah kesesakan Smart Tag di tol Besraya  Serdang selesai sebab dah bukak 3 lorong untuk Smart Tag. Tapi lorong lain pulak yang jadi kritikal. Sepatutnya kat lebuhraya di Malaysia nie kena buat penguatkuasaan penggunaan Smart Tag. Sebab memang perangai orang Malaysia, tak x d kuatkuasa, x akan berubah. Dengan penggunaan Smart Tag, bukan setakat trafik laju, tapi mengurangkan perkhidmatan jurutol yang kekadang buat masalah . Sebagai contoh Lebuhraya Mex di Putrajaya yang kekadang cuma ada 2 tol tunai yang buka. Kalau pakai Smart Tag or Touch N Go masalah nie x timbul kecuali under maintainence.


Contoh paling baik Air Asia. Pengurangan pengambilan pekerja dapat dilaksanakan sebab sediakan kiosk self check-in dan customer akan di charge RM10 kalau buat counter check-in. Jadi semua pelanggan akan print boarding pass sendiri sebelum pergi. Kalau nak save environment pulak, (paperless), buat mobil check-in. Kaedah nie akan mengurangkan masa beratur di kaunter.    

Apalah gunanya teknologi dibangunkan tapi tiada pengunaan secara maksimum.





Monday, 23 April 2012

Umrah

gambar dari En Google

Alhamdulillah, ramai kawan-kawan dan saudara Sakura yang dapat menunaikan Umrah pada tahun nie. Rasa seronok jer dengar. Bila agaknya Sakura akan diberi rezeki untuk mengunjungi Rumah Allah ini. 

"Ya Allah ya tuhanku, Kau berilah aku peluang memasuki Rumah Mu ini"

 Insa'allah, bekalan kewangan untuk menuanaikan haji sedang dilaksanakan  bermula bulan nie. Daftar haji dah buat 2 tahun lepas tapi menabungnya baru buat nie secara consistent. Permudahkanlah urusan ku ini Ya Allah!.










Wednesday, 18 April 2012

Kanser

Tak tahu nak luahkan bagaimana untuk berita kali kedua yang Sakura terima nie. Secara jujurnya memang Sakura bagai dah x d perasaan, tiada sedih dan tiada terkejut. Mungkin pemikiran positif Sakura yang kuat menyatakan, Pak Long akan sihat. Cumanya yang terlintas difikiran, Pak Long dah tua, mampukah dia terima dan menghadapi penyakit istimewa ini. Klu ikutkan pun memang Sakura slow sikit bab perasaan sedih, tak macam mood "tamper" yang cepat datang cepat pergi. Masa mak meninggal dulu pun, dalam sebulan dua Sakura x rasa sangat sedih sebab berpegang pada semuanya dari Allah yang berkuasa mutlak, redha dan sabar dengan semua ketentuan-Nya. Tapi bulan seterusnya, perassan sedih makin menjadi-jadi terutamanya bila Sakura dapat kerja dalam bidang Sakura dan menjadi penjawat awam. Mahu tak sedih sebab mak selalu doakan Sakura untuk dapat kerja kerajaan. 

Disaat kebahagiaan datang, Mak tiada disisi Sakura untuk berkongsi bersama.

Mak dulu disahkan "breast cancer" dan Pak Long pulak suspect "prostat cancer". Satu persamaan, ia adalah kanser, ketumbuhan luar biasa yang berbahaya. Bagi Sakura penyakit nie bukan kita boleh cegah dan nak datang kat siapapun. Hanya Allah yang memberi dan Allah juga yang menyembuhkan. Walau macam mana jaga pemakanan dan kesihatan pun, kalau Allah dah pilih kita untuk menerimanya, berlapang dada dan berdoa semoga sebelum mata terpejam, dapat lagi menambah amal untuk dibawa bekalan. Sekurang-kurangnya kita telah diberitahu yang ajal kita akan tiba masa walaupun tidak tahu bila. Kalau meninggal sebab kemalangan atau dalam tidur, cukupkan amalan yang akan dibawa.

Untuk pengalaman kanser yang pertama, banyak kesan yang telah berbekas dalam hati Sakura. Sangat perit dan air mata Sakura pasti akan tumpah kalau mengenangnya. (disaat nie airmataku dah berjuraian). Tak mampu untuk diluah macam mana perasaannya. 

Last Birthday Celebrate dengan Mak......( air mata nie dh tumpah)

Tuesday, 17 April 2012

Cuai

Sad story dan Sakura menyesal dengan kelalaian semalam. Sepatutnya semalam, balik kerja Sakura g tengok Pak Long hospitalise kt Damansara. Memang pagi semalam Kak Lin (cousin) ada bg tau yang dia hantar Pak Long check-up kat Damansara. Tapi x tau la pula sampai kena hospitalise dan kena buat test MRI. Sakura sedar@ tgk phone dah pukul 12am ada msg masuk.  Msg pukul 5.30pm dr Kak Lin bg tau Pak Long hospitalise.


Sakura berdoa semoga semuanya baik dan selamat, seterusnya Pak Long sihat seperti biasa. Pak Long adalah antara pakcik yang Sakura agak rapat dan antara yang terpenting juga dalam hidup nie.........I want to cry.........

My Father dan Pak Long





Sunday, 15 April 2012

Renungan Bersama



Alhamdulillah dengan kurniaan Allah yang melimpah ruah semenjak Sakura berkahwin. Semuanya berjalan tanpa dirancang dan lancar sahaja perjalanannya. Sekarang Sakura sangat percaya bahawa semua yang datang dalam kehidupan ini adalah dengan ketentuan Allah. Datangnya yang baik tidak semestinya berfaedah dan datang yang buruk, ada yang memberi manfaat. Redha dan berlapang dada dengan setiap apa yang berlaku

Sakura dapat merasakan setiap yang datang pastinya amat adil dan terbaik buat kita.  Jika Allah mengurangkan rezeki kita di sini, tapi Allah tambahkan rezeki disana. Kalau kita rasa hidup kita susah, orang lain lagi susah dari kita. Melihat kesenangan orang lain, janganlah kita berasa cemburu. Berdoalah semoga orang itu juga bertambah ruah rezekinya dan untuk kita juga.

Kita hanya hamba yang menumpang di muka bumi. Kuasa dan ketentuan Allah tiada sape yang dapat menghalangnya.

Friday, 13 April 2012

Tips Beli Rumah

Sakura nak share perkara penting yang perlu diambil kira semasa membeli rumah baru atau rumah secondhand kepada semua. Perkongsian pengalaman boleh dijadikanpanduan semasa membeli rumah. Pelaburan perumahan nie bukan sesuatu yang murah sebab kita kena menanggung berpuluh tahun untuk menyelesaikan instalment.

Untuk rumah baru, Sakura nasihatkan
1. Tanya kepada developer hiden cost yang ada semasa membeli rumah supaya kita tak membayar denda yang tak sepatutnya. Nie penting sebab ramai yang dah terkena penalty charge sebab bank lambat disburse duit kepada developer. Masa Sakura hari tue pun kena juga, Penalty sampai RM3K, Sakura bertegas untuk tak membayar sebab urusan adalah antara bank dan developer, kenapa perlu Sakura yang bayar. Sakura juga telah membuat tindakan melaporkan pada Tribual Pembeli Rumah untuk kes nie. So kelam kabut peguam merayu untuk tarik balik dan developer setuju untuk waive penalty.
2. Dengan bank pulak tanya dengan detail keselurahan kos akan kita tanggung seperti MRTA, penilai rumah dan lain-lain. Kalau boleh tanya detail tentang penilai rumah yang menilai sebab kos nie akan kita tanggung. Tengok quatation dulu sebelum bersetuju sebab banyak unnecessary kos yang dikemukakan.
3. Submit seberapa banyak permohonan loan kepada bank, supaya boleh compare yang mana lebih baik.
4. Sediakan duit untuk masuk rumah minimum RM10K. Ini untuk kos air dan elektrik, dan grill. Klu nak buat kitchen kabinet mungkin kena tambah sikit sebab kos kabinet sekarang dah RM6K ke RM8K.
5. Semasa dapat rumah pulak, check condition rumah dengan detail (pintu, tingkap, tangki air, pili, bilik air, lantai sinki dapur, salur air/kumbahan) untuk developer betulkan rumah. Kita diberi tempoh rasanya 2 minggu untuk kemukakan kerosakan yang ada. Mana yang x senonoh sikit workmanship, suruh jer dia buat balik.
6. Kos peguam kena confirmkan yang mana kita kena tanggung. Kos peguam untuk bank lebih baik bayar cash dan jangan dimasukkan dalam loan rumah.
7. Ambil loan kerajaan, pembiyaan 100% dan mengikut kelayakan .  Tapi klu loan bank, pembiayaan hanya 90% dan 10% kena sediakan down payment.
8. Untuk perjanjian pulak, suruh peguam terangkan baris demi baris. Ape guna bayar peguam dan ayat dalam perjanjian pulak berbelit (susah nak faham maksudnya).

Untuk rumah secondhand pulak:

1. Pilih lokasi yang banyak kemudahan (kedai, bank etc) atau yang ada potensi ada kemudahan dimasa hadapan
2. Kemudahan aksess yang mudah untuk kerumah dan kurang kesesakan.
3. Klu boleh pilih rumah yang kurang kos semasa masuk rumah (rumah dah dilengkapi dengan grill, kabinet dapur dan tile yang yang berkeadaan baik).
4. Dapatkan value rumah terkini (maksimum loan yang boleh dibuat)dengan bank dan semak dengan seberapa banyak bank yang boleh. Ini sangat penting sebab harga yang ditawarkan oleh penjual agak tinggi dari yang dinilai oleh bank. Nanti banyak yang nak kena top-up. Prinsipnya 90% loan +10%down payment. Lagipun senang nak tawar harga supaya semua puas hati
5. Pastikan perjanjian yang dibuat dengan peguam meliputi semua perkara yang akan menyelamat kita. Contohnya mesti dimasukkan carpark (klu apartment yang mempunyai carpark sekali), kos peguam sape yang kena tanggung(pembeli atau penjual), kalau ada pihak yang menarik diri menjual atau membeli rumah tersebut downpayment hangus atau dipulangkan semula 100%.
6. Jangan sesekali serahkan duit terus kepada penjual  rumah, mesti melalui peguam. Kerana dikhuatiri penjual rumah tadi melarikan duit downpayment dan menyatakan dia tak terima lagi.
7. Wajib buat lawatan rumah sebelum beli untuk melihat sendiri keadaan rumah yang dibeli. Kena pastikan rumah tue x bocor kat bilik air. Sebab kos pembaikan agak mahal untuk water proofing.
8. Kena sediakan sekurang-kurangnya RM10K untuk baiki kerosakan rumah yang ada dan repaint.
9. Kalau beli rumah tru agent, confirmkan betul-betul sape yang kena bayar. 
10. Klu boleh cari rumah yang pemiliknya terdesak nak jual. Sebab pemilik akan below market value (nie dari pengalaman kawan)
11. Untuk apply loan pulak, dapatkan draft perjanjian rumah dengan peguam untuk apply loan terlebih dulu. Terlebih dahulu bincang dengan owner untuk bayar booking dulu (bayar kat peguam) dan pastikan yang booking tue boleh dapat balik 100% klu loan x lulus. Selepas lulus loan dengan bank dan mendapat consent SUK (nie bagi rumah low cost), baru bayar 10% dan sign S&P.  Kalau x hanguslah down payment kalau loan x lulus.



down payment + kos peguam

byk kos pembaikan + down payment +kos peguam
(Nie semua memang pengalaman Sakura semasa membeli rumah)


Memancing

Semalam merupakan cuti umum sempena pertabalan Agong yang ke14. Agong yang dilantik kali ini adalah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim. 

Kalau dah cuti sehari biasanya Sakura akan melepak kat rumah jer. Tapi semalam tuan Faizal dipaksa rela dengan Mimi dan Hanif untuk g memancing kat kolam pancing Serdang. Mulanya Sakura malas gak nk ikut, tapi tuan Faizal cakap cuma 3 jam jer. Dengan berat hatinya Sakura ikut jugakla , dengan harapan Mira (wife Hanif) ikut sama. Rupanya Mira pun tak ikut. 

Kita orang sampai tempat tue dalam pukul 8 pagi. Tempat nie caj sejam RM12. Tempoh masa yang mereka ambil adalah 3 jam. Jadi pukul 11pg dah boleh balik la kan. Ramai gak yang datang memancing. Pukul berapa agaknya dia orang nie sampai yerk. 

Hasil tangkapan hari ini adalah adalah ikan siakap. Hanya Mimi yang berjaya, tuan Faizal dan Hanif tak berjaya. Besar betul ikan tue. Kena kerat dua  untuk mudah simpan dalam peti sejuk. Malam esok dah plan untuk kendurikan ikan tue kat Kedai Tomato kat Puchong (dekat rumah Mimi).







Wednesday, 11 April 2012

Fontana Cafe

Malam tadi Sakura telah mencuba makan di Fontana Cafe di Seri Kembangan. Kedai nie dah di tayang kt Jalan-jalan Cari Makan baru-baru nie. Nie Miera@ Mum Adam la yang ajak. Dinner with burger la kiranya tema malam tue. Kedai nie kt Tmn Equine, selepas Aeon Equine dan McD Seri Kembangan. 

Malam tue Sakura try Black Pepper Steak Burger dan tuan Faizal, OZ Burger. Memang besar gajah punya burger la kan. Hanya makan OZ Burger dan Black Paper Steak Burger tapau jela. Memang kenyang la sangat dan rasanya berbaloi untuk share dari segi kuantiti dan harga (harga RM15.40). 

Oz Burger +Fresh Orange (sungguh terserlah cairnya)
 
Rasanya kedai nie lebih sedap burger  Black Pepper Steak Burger dari OZ burger. Oz burger tue daging tebal dan agak keras. But yang steak tue memang sedapla. Berdasarkan taste Mimi (kwn tuan Faizal) Sirloin Steak tue sedap, tengok rupa memang sedap juga. Kedai nie hanya boleh dikunjung bila time banyak duit jer. Time muflis, g Umai@Laman Perdana lagi best.

Ada yang x berbaloi pasal kedai nie. Pasal orange juice dan sos cili. Sebabnya orange juice tue dekat RM7 dan cair habis@ sama standard orange juice kedai tomyam bawah pokok jer yang berharga RM3. Klu pekat dan gunakan oren perah, oklah kan. Old town pun 6 hinggit tp Twister tau. Yang kes sos cili pulak, kena cas seringgit,  klu kat kentang tue bagi banyak sos boleh la terima, nie memang sah kedekut sos (saiz yang diberi adalah sebesar piring sos McD). Next time kalau Sakura g, kena bawak sos sendiri, baru RM3 sebotol (nie harga kat doorstep.com.my). Kat McD top-up banyak pun FOC tau.

Saturday, 7 April 2012

Menunggu

Jam dah pukul 5.15ptg. Sakura masih di ofis menunggu tuan Faizal datang ambil. Banyak lambat hari nie, maka impian nak g gym hari nie berkubur jelah nampaknya. Tuan Faizal dah semakin sibuk dengan tugasan. Baru dia tau macama mane perasaan dan kesibukan Sakura masa di KPM. Kalau dulu selalu complain yang Sakura selalu balik lewat dan bawak balik keje. So sekarang, tuan Faizal pun sama. Moral of the story, once u be n P&P level, job become first in "critical situation". U can't let go your responsibility during family time. Dalam keadaan ni semua kena redha dan memahami tugas dan tanggungjawab. Bukan selalu pun, kadang-kadang jer. Faham memahami adalah senjata utama.

Bukan mudah sebenarnya menjadi P&P level di gomen yang berkait dengan technical field. Kesibukan sentiasa mendatang tanpa dirancang. Tiada istilah berehat (ada tp pandai-pandai susun la yer) sebab kita ada dateline yang kena dikejar. Contohnya bila KSU announce yang satu klinik akan dibuka Jun, jadi bermula bulan Mac dah kena buat sebutharga, then kena cari kontraktor yang berminat, kontraktor masuk harga, buat penilaian kontraktor dan sebutharga, masuk Comittee sebutharga , kemudian baru boleh award kontraktor. Banyak step perolehan yang kena dipatuhi. Ia bukan semudah hari nie announce esok dah boleh award kontraktor. Ramai yang tak paham kenapa urusan kerajaan nie lambat.



Faham memahami dan bertolak ansur adalah kunci dalam kehidupan berkeluarga bagi pasangan yang berkerjaya. Tak kira private atau goverment semuanya diberikan tanggungjawab yang perlu digalas.Sebab dengan tugas dan tanggungjawab nielah, kita mendapat bayaran@gaji kepada kerja yang dibuat.

Thursday, 5 April 2012

Home Sweet Home

Tiada yang lebih sempurna selaian dari dapat duduk dalam rumah sendiri. Macam mane pun selesa tempat orang, selesa lagi rumah sendiri. Nielah faktor yang menyebabkan Nenek Hamidah (satunya nenek yang masih ada, mak kepada bapa) x nak duduk kat rumah anak-anak. Masa Mak ada dulu, rasanya Nenek ok jer kalau kita orang ajak tinggal kat umah Kg Delek. Tapi, kalau ajak sekarang, Nenek akan mengalami perasaan teringatkan mak. 

Semalam, Sakura telah memulakan operasi membersihkan rumah Kg Delek dengan cuti sehari. Almaklumlah tuan Faizal ada bengkel kat Genting, nak ikut x dapat sebab share bilik, sudahnya amik cuti jelah  cz malas nak drive. Mentang2 cuti baru ambik 6 hari, ada balance 24 hari lagi.

Nak kata bersih sgt operasi semalam, x lah sangat, sebab living room x bersihkan pun. Mampu setakat bersihkan bilik sendiri, bilik bapa, cuci bilik air dengan sapu dapur jer. Rasa selesa sangat bila bilik air dah bersih. Sebenarnya benchmark Sakura untuk bersihnya sesebuah rumah adalah, bilik airnya. Kalau bersih bilik air, bersih la semuanya. Jadi since bilik air, bilik sendiri (cuma x tukar cadar dengan basuh langsir, sambung Sabtu nie) dan bilik bapa (tukar cadar, lap habuk dan menyapu). Hujung minggu nie kita sambung living room pulak. Next week pulak kita sambung dapur pulak. 

Terasa selasa dan nyaman bila rumah dah bersih. Home Sweet Home. Bilakah akan Sakura berjaya duduk rumah sendiri........