Jam 12 mlm nie kita akan mengucapkan Selamat Tinggal kepada tahu 2013 dan Selamat Datang 2014. Cepat msa berlalu. Rasanya baru je awal tahun. Tapi tahun nie betul- betul terasa cepat sebab banyak perkara yang terjadi dan rezeki yang melimpah ruah Allah berikan selain dari cabaran yang mematangkan Sakura untuk menjadi insan yang lebih baik. Semua yang terjadi kerana Allah dan Allah menduga kita untuk menguji tahap keikhlasan hati kita terhadapNYA.
Dengan Izin Allah juga tahun nie, alhamdulillah diberikan peluang sambung belajar dengan tajaan, jadi cabarannya adalah kena lulus periksa yang cemerlang agar dapat mengembirakan hati penaja. Dapat masuk rumah sendiri dan tidak duduk Kuarters, cabarannya cari duit nak baiki rumah sebelum masuk dan tahap kesabaran diuji dengan nak pergi kerja kesesekan jalan yang begitu menyakitkan hati walaupun jarak rumah kepejabat hanyalah 25km sahaja. Diberikan kenaikan gaji tapi diduga dengan hutang kad kredit yang kena bayar (insa'allah tahun depan semuanya).
Cabaran tahun depan yang bakal ditempoh adalah megurangkan bil elektrik ketahap RM20 supaya bil elektrik x payah bayar, belajar dengan lebih tekun lagi supaya dapat keputusan exzam yang menggembirakan, bersemangat dan beridea untuk menghadapi projek capstone untuk semester akhir, cabaran kebun belakang rumah untuk tanam sayur sendiri, dan cabaran bersenam.
Pasal cabaran kenaikan harga barang tidak menjadi agenda sangat sebab perbelanjaan rumah setakat nie x terjejas mana pun sebabnya masih macam tue dan adjust semula je. Macam petrol, dulu duduk Putrajaya tetap duit petrol RM500 (jarak 35km) sekarang jarak adalah 23km tapi harga petrol naik, jadi masih peruntukan yang sama. Harga gula naik, langsung la x terjejas sebab sekilo gula kat rumah nak habis pun makan 4 bulan. Jadi setahun cuma beli 3 kilo gula jela. Gas memasak cuma setahun sekali jer. Tiada yang berbeza pun.
Bye, Bye Tahun 2013
Welcome 2014
Be nice to me
*** hati yang masih gundah gulana dengan exzam dan assingment.