Sesuatu yang memeranjatkan untuk tajuk entry Sakura. Tapi kita sebagai masyarakat, x perlulah nak jadi hakim dan mengulas ape tah lagi menghukum. Kita nie dengar dari sebalah pihak jer. Bagi Sakura itu adalah takdir ibu malang tersebut. Tapi sebagai orang sekeliling kita patut amik pengajaran dari peristiwa yang dialami. Kita kena sentiasa check tempat duduk belakang masa nak tinggalkan kereta dan juga masa nak masuk kereta.
Sakura sendirilah, memang x pernah praktikan benda nie, tapi sangat penting. Sebelum nie pernah nak praktikan sebab ade cerita pasal orang x dikenali yang menyorok dalam kereta dan akan memudaratkan kita. Tapi tue tinggal harapan jelah. X praktikan langsung. Tapi sekarang dah kena amalkan. Rupanya bukan kita yang mudarat, tapi mungkin orang disekeliling kita terutamanya kanak-kanak.
Sakura juga ade tgk kat FB (video share) pasal kat US, kejadian mak tinggalkan anak dalam kereta. Fakta menariknya. Kanak-kanak akan mengalami Heat Stroke dalam masa 15 minit. Sedih gakla tengok video tue. Video tue tunjuk yang mak tue sengaja tinggalkan anak dalam kereta (sebab kejap) untuk g beli barang dapur kat kedai. Nak g beli barang dengan anak nie memang sesuatu yang mencabar kalau kita g sorang. Jadi si mak nie tinggalkan kejap anak dalam kerata. Walaupun sekejap tapi sangat memudaratkan. Nak pulak kereta sekarang yang kedap. Sakura yang pernah try test duduk dalam kereta x buka aircond dan tutup tingkap pun hanya bertahan x sampai 5 minit. Apetah lagi budak yang kena tinggal 15 minit dalam kereta.
Pengajarannya, mesti check kereta sebelum dan selepas nak tinggalkan kereta.
No comments:
Post a Comment