• Susukan bayi anda dengan lebih kerap pada dua hingga tujuh hari pertama .
• Bayi yang tidur lebih dari tiga jam perlu dikejutkan untuk disusukan kerana khuatir akan kekurangan nutrien.
• Dalam tempoh 24 jam bagi bayi yang lebih besar, mereka sentiasa
mendapat jumlah susu yang diambil mencukupi dengan kekerapan lapan
hingga 12 kali penyusuan.
• Susukan bayi dengan kerap mengikut
kemahuannya atau on demand. Perhatikan tanda-tanda awal seperti mulutnya
mencari-cari sesuatu, mulutnya terbuka luas apabila disentuh atau
membuat pergerakan seperti menghisap sesuatu menunjukkan bayi lapar.
• Bayi yang mendapat susu yang mencukupi akan berhenti menghisap
sendiri. Dalam masa 24 jam bayi akan membuang air besar lebih lima kali.
Najisnya berbintil-bintil berwarna kuning dan berbau masam.
•
Si manja yang mendapat susu ibu mencukupi akan ceria, berotot dan sihat.
Di samping itu si manja juga dapat tidur lena dan cergas sewaktu jaga.
• Payudara anda yang penuh sebelum menyusukan akan berasa lembut selepas proses menyusu.
• Bagi ibu bekerja, perahlah susu dan ciptakan bekalan susu yang
mencukupi untuk diberikan kepada bayi selepas anda mula bekerja kelak.
• Bagi menyediakan bekalan susu yang mencukupi untuk bayi anda boleh memerah susu seawal dua minggu selepas bersalin.
• Tidak dinafikan sokongan daripada suami dan ahli keluarga juga
memainkan peranan penting. Mintalah bantuan daripada ahli keluarga
terdekat untuk mengatasi masalah seperti menjaga anak-anak lain,
membantu dalam kerja-kerja seharian dan penjagaan bayi yang akan
membantu ibu untuk mendapat rehat secukupnya.
• Penyusuan
secara eksklusif tidak mustahil untuk direalisasikan kerana kini banyak
gajet dan peralatan yang memudahkan proses penyusuan.
• Apa
yang penting ialah keazaman anda sendiri kerana anda sendiri yang akan
memberi komitmen dan melaluinya selain tidak lupa berdoa agar diberikan
rezeki dan kekuatan untuk menghasilkan susu yang mencukupi.
UmmiMama Biz menjemput ibu2 untuk meneruskan penyusuan bayi sehingga 2 tahun
No comments:
Post a Comment