Tuesday 23 July 2013

Cipta Kerjaya

Zaman sekarang nie sangat mencabar untuk mendapatkan perkerjaan. Peluang perkerjaan sebenarnya x lah banyak mana. Sebabnya orang yang nak bersara pun x ramai sebab umur persaraan naik ke umur 60 tahun. Pelajar yang keluar dari universiti, kolej etc pulak ramai setiap tahun. 

Jadinya sebagai pelajar yang ilmu penuh didada, ape kata korang create kerjaya untuk diri sendiri. Nak pulak sekarang nie kerajaan ade tawarkan skim usahawan muda kepada graduan yang habis belajar. Patutnya peluang keemasan nie diambil dan sahut cabaran untuk jadi usahawan.

Dulu masa Sakura habis belajar pun macam tue gak, (Sakura kan payah dapat kerja dulu, pernah sakura cerita dulu). Terpikir nak tanam cili kat belakang rumah dan jual kat kedai. Tapi x buat pun sebab belasah keje Customer Servis. Kalau x dah jadi usahawan cili dah. 

Macam adik Sakura sendiri, dia memang x nak kerja dengan company orang (sebab dia pernah terseksa kerja kilang dan menjadi kuli). Jadi adik Sakura nie memang x nak kerja dengan company. Walaupun ade ijazah kejuruteraan mekanikal. Dia lebih suka buat company sendiri dan kerja sendiri. Sekarang nie dia dengan wife dia bukak Pusat Terapi jer kat rumah. Senang citer dan mudah nak uruskan anak. Kekadang jeles gak dengan adik sendiri sebab dia berkerja dari rumah. Kos overhead sikit dan gaji bersih lepas tolak overhead pun melebihi 60%. Selain tue dia kerja insurans kereta dengan nyawa jelah. Tapi tue pun bergantung kepada kes. Tapi x pernah x d kes lah setiap bulan. Mesti ade punya.

Zaman sekarang nie macam-macam boleh buat kerja dari rumah. Sebabnya peniagaan sekarang dah internet base. Operasi dari rumah dan x perlu ade kedai pun. Orang sekarang pun dah tukar trend shopping online. X d masalah untuk cuma kita perlu bijak cari produk yang boleh diterima pembeli je. Yang penting usaha dan kerja keras. Insa'allah pasti berjaya

No comments:

Post a Comment