Tuesday, 16 July 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 10

Bersambung lagi perkongsian ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary. (post bertarikh:9 Julai 2013)

PART 1

UMUR 3-4 TAHUN

Salam Sejahtera, Syukur kerana dapat berjumpa kembali.

Bercakap mengenai anak berusia 3 tahun, ini adalah usia dimana anak mula mengambil identiti diri serta mula belajar bergaul dan menajamkan skil interpersonalnya.

Jika anak itu telah dibiasakan bermain dengan kanak-kanak lain, pada usia ini, mereka sudah boleh bermain bersama-sama dengan rakan sebaya mereka.


PART 2

UMUR 3-4 TAHUN

Kebanyakan anak pada usia ini sudah boleh membuat ayat yang panjang. Kepetahan mereka bercakap dan bertanya adalah sebenarnya suatu yang perlu dihargai. Jika anak terlalu banyak bertanya, janganlah marah atau suruh anak diam. Dengarkan ceritanya. Jika anda sedang sibuk, anda boleh meminta dia bercerita sekejab lagi sebab anda hendak mendengar semua ceritanya.

Ada ibu bapa yang selalu memarahi anak-anak mereka bila bertanya. Janganlah menjadi ibu bapa yang sedemikian. Masa seperti ini tidak akan berlaku lagi. This is once in a life time ; )

Ingatkan kembali, apakah soalan-soalan mereka yang sangat melucukan.

Bagi ibu, ialah soalan anak ibu yang ketiga. Suatu pagi itu dia bangun dari tidur dan terus bertanya ibu, "Mak, mengapa kita tidur yama-yama (lama-lama) kita busuk?"

Cuba fikirkan soalan itu? bukankah itu bukti anak-anak pada usia ini sangat suka nak tahu : )


PART 3

UMUR 3-4 TAHUN

Ini adalah usia yang sangat sesuai untuk mengajar anak anda berpuasa bagi yang beragama Islam. Ibu mengajar semua anak-anak ibu untuk berpuasa pada usia mereka 3 tahun. Mereka sudah boleh memahami konsep-konsep yang dimudahkan.

Namun, ibu tidaklah menyuruh mereka berpuasa sepenuh hari. Bermula dengan 2 jam sahaja. Pada mereka lebih kecil dari itu ibu telah memperkenalkan puasa dengan bercerita dan dari amalan kami sendiri.

Kuncinya, buatlah secara berseronok dan bersahaja dan suatu yang dibuat kerana kasih kepada Allah. Anda tidak perlu mengupah. Kononnya, jika buat anda beri hadiah sepuluh ringgit ke atau begitu. Janganlah mengecilkan nilai puasa itu kepada nilai wang. kenikmatan menghabiskan puasa adalah suatu yang tidak boleh disamakan dengan wang ringgit.

Ini adalah masa untuk mengajar anak akan kasih kepada Allah dan sesama manusia. Untuk dia memahami bagaimana orang yang miskin yang hidup merempat. Semua ini akan meningkatkan EQ anak anda.

Namun, ingat pada usia ini tidak sesuai untuk anak itu berpuasa penuh lagi. Ini adalah usia untuk membiasakan sahaja.


PART 4

Pada usia ini adalah sangat perlu untuk anda memperkenalkan buku-buku kepada anak-anak anda jika anda belum lagi melakukan sedemikian. Inilah cara paling mudah mengajak anak untuk cintakan ilmu serta mengajar mereka untuk membaca dengan mudah. Bila anda selalu membacakan buku kepadanya, maka anak anda akan terfikir untuk tahun membaca sendiri.

Ibu sertakan penulisan Maya Marz anak ibu mengenai perkara ini.

Membaca buku untuk anak sebelum tidur sememangnya bagus untuk perkembangan kanak-kanak. Untuk anak berusia kurang dari 2 tahun, bacakan buku-buku yang ringkas, banyak gambar dan berirama. Untuk kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas, kita boleh bacakan buku-buku yang lebih interaktif.

Objektif membacakan buku pada anak ini banyak.

1. Ia merapatkan hubungan antara parent-child.
2. Ia memberi rutin kepada anak sebelum tidur.
3. Melahirkan minat kepada anak untuk membaca sendiri bila dia besar nanti.
4. Mengembangkan daya kreativitinya dan banyak lagi objektif yang boleh dicapai.

Buku-buku yang sesuai dibacakan untuk kanak-kanak adalah buku-buku yang kita rasakan penting untuk perkembangannya. Sebelum membeli buku untuk anak baca buku itu dahulu, buat penilaian (adakah ia memberi kesan baik atau buruk untuk anak sebelum beli?)

Contohnya, jika kita tidak mahu anak kita menjadi orang yang suka bergaduh, jangan belikan buku yang ada cerita orang bergaduh. Bahasa yang baik juga penting (jika ada perkataan yang tidak sesuai seperti bodoh, malas dsb untuk menyifatkan perangai seseorang, elakkan dulu). Jika inginkan anak suka bertutur dalam bahasa Inggeris, belikan buku bahasa Inggeris. Jika inginkan anak bertutur dalam bahasa Melayu, belikan dia buku Melayu.

Rule of thumb: Pastikan buku yang dibeli sesuai untuk umurnya. Tujuan kita ialah supaya mereka senang faham, sukakan aktiviti ini dan kita juga dapat berehat bersama anak.


PART 5

UMUR 3-4 TAHUN

Pada usia ini ramai ibu bapa yang mula menghantar anak kecil mereka ke playgroup atau kindergarten. Oleh itu ibu muatkan di sini perkongsian Puan Sharina mengenai bagaimana untuk memilih tadika atau Tabika yang baik. Ibu pernah memuatkan suatu masa dahulu.

Pemilihan tadika boleh dibuat berasaskan formula ‘CERGAS’:
C – Cikgu yang penyayang dan komited
E – Emosi kanak-kanak sedia ada
R – Rancangan pembelajaran yang digunakan
G – persekitaran yang Gembira dan ceria untuk belajar
A – Aturan pengurusan tadika yang cekap
S – kesinambungan pembelajaran di rumah

Jika anak anda menyatakan yang dia takut untuk ke sana dan sering mengamuk atau menangis ketakutan atau kebencian jika anda hendak menghantarnya ke sana, sila ambil perhatian dan buat penyelidikan mengapa ia terjadi. Dengarkah rintihannya dan jangan anggap itu perkara remeh.


PART 6

UMUR 3-4 TAHUN

This is another interesting reading from an article from Parenting and Child Health Network. Perhaps it will throw some good learnings for you too in raising your 3-4 year old kids. Enjoy it.

Your three year old is at the very beginning of learning how to get on with others. He can control his strong feelings somewhat better than he did at two but he is still likely to have some tantrums. He starts to understand social skills like sharing and being kind, but he can only practice these skills for a short time when he is feeling safe and happy.

3 year olds often enjoy being with other children and they now begin to play together more. They are learning that other people are real and have feelings. This means they can be upset when other people are upset.
Taking turns is a skill that they will learn as they approach four, but if they are upset or worried they will not be able to share their own special things.
They are starting to be able to wait a short time for what they want, such as 'we will go out after you eat your lunch'.
3 year olds are less likely than 2 year olds to have kicking and screaming tantrums. They are eager to please you. With your help they might be able to try something else or wait for a few minutes.
Your child may still have fears of noises, the dark, animals, monsters etc
3 year olds are developing a sense of humour and like to laugh at and repeat silly words and situations.
They will like to have choices but they usually can cope best if the choice is limited such as "you can wear your red shoes or your blue ones".
They may still need a dummy, blanket or other comforter when tired or away from home.
They can have very stereotyped ideas of what 'boys' and 'girls' are like, eg girls wear pretty dresses and boys are like Superman.
They are starting to take responsibility for their own toileting.
They may have accidents (wet pants) during the day and be wet at night.

PART 7

UMUR 3-4 TAHUN

Anak pada usia ini sangat memerlukan banyak ruang untuk ekspresi diri. Mereka memerlukan permainan yang fizikal dan lasak jika boleh. Maksudnya, anak pada usia ini akan mahu memanjat, mengayuh basikal, skipping dan melompat cergas. Ini adalah biasa. Apa yang ibu bapa perlu buat, pastikan ia selamat.

Jika anak pada usia ini tidak diberi ruang untuk bermain secara fizikal aktif dan agak lasak, maka natijahnya, anak itu akan mudah mengamuk, lesu, malas dan tidak aktif pemikirannya.

Berilah peluang untuk mereka ekspresi diri mereka dengan bermain agar perkembangan PQ, IQ mereka akan sihat.

No comments:

Post a Comment