Friday, 12 July 2013

Susah Tidur

Petua Mengatasi Masalah Susah Tidur

1. Jangan makan makanan berat pada waktu malam. Minum susu dan lakukan senaman ringan sebelum tidur.

2. Jangan menonton tayangan filem seram atau filem hantu sebelum tidur

3. Katil dan tilam anda mesti selesa

4. Anda perlu disiplinkan diri untuk menentukan waktu tidur dan bangun yang teratur

5. Jika anda susah tidur, bangun dan lakukan beberapa aktiviti ringan

6. Bangun pada waktu yang sama setiap hari tanpa mengira jumlah jam anda tidur

7. Jangan minum kopi atau teh sebelum tidur

8. Jangan biarkan otak anda berkecamuk dengan pelbagai masalah sebelum tidur

9. Jangan fikirkan hal-hal pejabat, bisnes, cinta dan bajet yang mungkin merunsingkan

10. Buah pala diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air. Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.


Sumber FB: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

No comments:

Post a Comment