Monday, 8 July 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB -Rule Of thumb


Bersambung lagi ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary.


The Rule of The Thumb

1- Kita boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mendisiplinkan anak. Namun, pastikan cara itu berkesan dan memberi kesan positif pada jangka pendek dan panjang.

2- Pendekatan untuk mendisiplinkan anak ialah anak bukan rosak - a child is not broken. He/she make mistakes that may due to wrong understanding. So analisalah, adakah itu kesalahan yang disengajakan atau kerana tersilap faham.

3- Anak umur 2 tahun ke bawah, nampak macam tampar adik. Dia tampar adik ke atau tak pandai lagi nak control tangan dia nak belai adik. So, jangan cepat bersangka buruk pada anak.

4-Setiap cara yang digunakan boleh membawa kesan buruk, bila titik bertolaknya salah. Jika anda bersangka anak anda memang kurang asam, susah nak ajar dan broken, maka bila guna 'time-out corner' ke apa ke, akan ada kesan buruknya kerana niat tu tak betul dan sangkaan itu terpesong. " Allah mengikut sangkaan hambaNya,"

5-Anak itu unik. Jika sesuatu itu sesuai dengan anak orang tak semesti ianya sesuai untuk anak kita. Namun, kita juga kena faham, ianya jadi tidak sesuai tidak semesti kerana anak itu unik, kemungkinan kerana kita tidak menggunakan cara itu dengan cara yang sepatutnya.
Kita kena check :-


Sikap - bagaiamana cara kita melihat parenting dan anak kita. Kita sering marah dan merasakan dia menyusahkan kita? Jika ini yang kita rasa jauh di dalam hati, maka tidak akan sama kesannya dengan seorang yang menggunakan method yang sama tetapi sikapnya terhadap anaknya, anaknya itu adalah seorang yang memang anugerah besar. Seorang yang hebat dan penuh potensi bagus. Inilah yang dimaksudkan bila Nabi mengatakan" Semuanya bermula dengan NIAT...." hadis.

Skill - tidak akan sama kesannya bagi seorang yang menggunakan skil berkomunikasi yang betul semasa menjalankan hukuman kepada anak-anaknya berbanding yang tiada skil berkomunikasi . Contoh:
 

Salah - Kamu budak baik TAPI kamu tipu Mama. Tapi tadi memadamkan ayat yang sebelumnya. Maka komunikasi yang sampai ialah KAMU TIPU MAMA< KAMU PENIPU!

Betul - Kamu tipu Mama TAPI Mama tahu kamu ni budak baik dan mungkin tidak berniat atau belum faham maksud dan kesan menipu. Kesannya ia memberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Tapi digunakan untuk memadamkan kamu menipu!

Betul- Kamu ni budak baik, itu sebab bila kamu tidak bercakap benar ( yang sama erti dengan menipu) ibu tahu kamu belum faham kesan buruk perbuatan itu. Kamu boleh buang perangai itu sebab sekarang kamu faham ianya tidak baik dan kamu pula seorang anak yang baik. Kesannya kamu selalu tolong mama siapkan meja makan dsb

ILMU - tidak sama kesannya sesuatu hukuman bagi orang yang melakukannya dengan penuh kefahaman psaikologi dan pembangunan diri dengan orang yang tidak. Ibu bapa zaman dahulu mungkin tidak bersekolah, namun ramai diantara mereka sangat peka memerhatikan perjalanan hidup dialam ini. Itu sebab keibubapaan mereka lebih berkesan walaupun mereka tiada sijil psaikologi. Dalam masa yang sama zaman itu juga kurang mencabar cabarannya berbanding sekarang, yakni dari segi sofistikatednya.

Oleh itu mari kita teruskan Seminar kita dengan menguasai ilmu, skil dan sikap yang betul untuk mendidik anak-anak anugerah Allah ini. Kita berusaha yang terbaik ya : )

Bagi soalan yang ibu belum sempat jawab, jangan sedih, ibu kompil semua soalan itu dan akan menggunakan soalan-soalan itu untuk posting-posting ibu akan datang. So ibu sangat-sangat berterima kasih dengan soalan-saolan anda.

No comments:

Post a Comment