Seperti yang last entry Sakura cerita, Sakura g 3rd appointment kt Klinik Dr. Hamid.
Sakura pilih petang sebab pagi boleh setel keje kat opis dulu. Since appoinment nie lepas bulan puasa, Sakura budget berat badan turun ke 60++ la, rupanya x cecah pun. Kena usaha dengan cara lain la pulak nampaknya. BP pulak dah nak ke sempadan darah tinggi. Padan muka, sape suruh malam tue g makan kailan ikan masin. Petang tue x ramai sangat pesakit yang nak jumpa tapi penuh juga tempat duduk yang ada.
Sakura orang yang ke-4 dipanggil. Masa kat dalam tue, Dato' Dr. pun tanya lagi dah berapa lama kahwin dan maklumkan balik sepatutnya Sakura x d masalah untuk mengandung. Tapi Allah belum restu lagi rezeki anak supaya Sakura lebih berusaha kearah tue. Dato' Dr pun terangkan option lain yang ada. Antaranya
a) Suntikan sperma
b) Laparoscopy
Dato' Dr. cadangkan laparoscopy dan pembedahan buat kat Pantai Medical Center Bangsar (since Sakura ada insurans, mujur juga Sakura x terminate masa jadi pelanggan En Aziz dulu). Dato' Dr. pun terangkan laparoscopy tue ape (baca kat sini, sini dan sini juga untuk penerangan). Untuk lakukan laparoscopy, Dato' Dr. akan sahkan dulu sama ada mengandung atau tak. Kalau mengandung, x payah buat lapasrascopy.
"Ya Allah, kau berikanlah keajaiban Mu kepada hambamu ini".
Kenapa laparoscopy nie yang terbaik untuk Sakura setakat nie, sebab nak mengetahui punca dan masalah lain kenapa Sakura x mengandung lagi. Berkemungkinan juga masa lepas keguguran dulu (sementara nak tunggu D&C) dah ada infection dan Dr. yang mencuci x perasan. (seingat Sakura lepas D&C tue, Sakura x buat ape2 scan pun).
No comments:
Post a Comment