Beberapa malam yang lepas, Sakura mengikut Tuan Faizal g Klinik 1Malaysia UTC (Urban Transformation Center) kat Puduraya. Saje je mengikut sebab dok dengar nama je tapi x tgk rupa. Lagipun nak tgk Puduraya sebenarnya, nak g biasa-biasa x berkesempatan.
Bagi Sakura, Puduraya ni memang banyak perubahan dari segi interior dan dah keluar dari perspektif dulu kepada moden. Walaupun struktur masih dikekalkan tapi kulit dah bertukar. Sakura jejak Puduraya nie baru kali ketiga. Dua dulu masa rupa lama dan yang ketiga dah berubah kulit. Kalau dulu, nak jejak Puduraya nie menakutkan sebab orangnya bersesak dan bau asap bas. Lagipun banyak penyeluk saku kat sini. Sekarang imej tue dah berubah dan yang penting asap bas kurang sikit berbanding dulu. Keadaan lebih teratur dan selesa.
No comments:
Post a Comment