Saturday 1 September 2012

Raya: Baulu

Walaupun dah masuk raya ke 14. Sakura nak share juga kuih wajib buat.

Kuih baulu nie jelah kuih wajib yang Sakura buat. Tue pun bukan sebab Sakura yang nak makan tapi ayahanda tercinta punya favorite. Wajib buat. Kenapa x beli jer sebab dah banyak kat pasaran? Yang nie bukan sebarangan Kuih Baulu dan memang x dapat kat pasaran. Baulu nie pun dihidang kepada sedara yang terdekat dan mengetahui tentang alkisah keistimewaannya.

Keistimewaan baulu yang Sakura buat sebab
1.Baulu nie keras dan perlu rendam lama dalam air.
2.Baulu nie ada buah campuran.

Cara buatnya x d susah mane pun

Bahan

1.Telur (x kira berapa biji tapi isi penuh dalam mangkuk, ukuran mangku tue x kira saiz sebab boleh jer pki yang kecil takpun boleh gak pki mangkuk lauk tue,lagi besar lagi banyak baulu, lebih lama nak siap)
2. Gula (ukuran sama dengan mangkuk sukat telur tadi)
 **Dua-dua bahan nie kita kisar jer dalam blender sampai warnanya jadi putih sikit atau gula tadi dah hancur betul dengan telur. Tuang bahan blender tadi dalam mangku dan pukul sampai betul2 putih dan kembang. Panaskan oven dan sapu acuan dengan minyak (ratakan minyak guna daun pandan jer)

3. Esen Vanila (sukat pakai tutup jer dan campur dalam bahan yang dipukul tadi)
4. Kordial Oren Mandarin Sunkist (dua senduk nasi atau jangan sampai adunan jadi lembik sangat, nie kes malas nak parut kulit dan perah limau)
5. Buah campuran (Sakura pilih jenama Silverbird) tambahkan kulit limau juga
6. Tepung (ikut citara tapi tak  boleh kurang dari ukuran mangkuk yang digunakan, bapa Sakura suka keras jadi tepung memang banyak)

Buat cubaan dulu dalam 3 lubang kat acuan dan tengok ok atau tak. Kalau dah ok, buat sampai habis. Siap dah kuih raya Sakura. Tempoh masa yang Sakura ambil adalah 8 jam untuk 2 adunan. Kos barang dalam RM15 jer.


bahan-bahan

hasil selepas 1 jam
hasil selepas 8 jam
rendamkan

No comments:

Post a Comment