Sakura dah g 3nd appointment dengan Dr Hamid hari Selasa lepas. Since percubaan clomid x berjaya, kena la g step seterusnya . Tapi Sakura x nak share yang semalam sebab simpan untuk next entry. Nanti cacamarba pulak step yang Sakura buat.
Lupa pulak nak tambah, masa first apoointment tue Klinik bekalkan Acai Bery untuk bantu kurangkan berat badan. Selain tue pil dan cream untuk buat HSG test nanti pun ada. Peraturan untuk HSG test dan sperm test pun diberi jugak
2nd appoinment pulak selepas buat HSG. Sakura buat pada hari yang sama (pagi buat HSG kt Klinik Daya X-ray Dr. Mohan kat Jalan Raja Laut dan petang g Klinik Dr Hamid utk buat sperm test dan consultation).
Maklumat yang Sakura dapat semua sama, ngilu dan x nak ulang lagi buat HSG (baca dari blog Mama Kembar 3 dan pengalaman kawan Sakura juga). Sakura pun bila ingat sampai sekarang (dah setahun berlalu buat HSG test) ngilu wei sampai ke tulang. Lepas buat HSG tue memang berjalan x boleh laju (dah macam lepas bersalin pulak). Dekat seminggu gak la. Sakura nie memang x tahan sakit sebenarnya.
Lepas Dato' Dr. tgk filem scan dan result sperm test, Dato' Dr. bagi tau kita orang x d masalah cuma ada satu tiub (x pasti kiri ke kanan) macam perjalanan x berapa lancar. Jadi ubat yang dibekalkan adalan Clomid. Ubat nie kena ambil masa period hari kedua dan makan sampai hari ke 6. Makan untuk 3 cyle period. Side effect clomid nie kat Sakura, eyesight jadi macam x berapa nak fokus dan pening lalat sikit.
Dato' Dr. suruh datang jumpa lepas habis makan clomid atau bila dah berjaya mengandung dalam masa 3 cycle tue. Lepas makan untuk 3 cycle pun Sakura x berjaya, jadi kena la g appointment lagi. Sepatutnya 3rd appointment kena buat pada bulan 2 atau 3 tapi tertangguh sampai la bulan nie.
***part 1
***part 1
No comments:
Post a Comment