Semasa menemuduga, ada Sakura jumpa adegan merayu dari calon untuk jawatan yang dipohon. Sakura tertanya-tanya kenapa jadi macam nie yer. Result semua ok. Ape yang x oknya. Bila dah dua kali menemuduga nie, baru Sakura dapat jawapannya. Jawapannya........... calon yang dipilih mestilah sesuai dengan tuntutan kerja yang nak dipohon dan calon x bersedia dengan pengetahuan asas yang cukup.
Bab pengetahuan asas berkenaan tuntunan kerjaya tue memang calon kena usaha sendiri la sebab calon kena baca balik ape yang dia belajar. Sebagai contoh g interview Jurutera Awam. Dah semestinya bab concrete, geoteknik, jalan, air dan kumbahan dan bahan binaan kena kuasai. Nie basic tau, setakat dengan ape yang dipelajari dalam kelas tue korang baca balik dan boleh terangkan, tue dah mencukupi. Bab spesifikasi untuk fresh grad, jarang ditanya tapi kalau boleh bagi jawapan mmg SUPERB la. Selain tue calon mampu menganalisa dan menyelesaikan masalah yang diberika. Kita x mau la amik jenis yang dah dapat masalah baru terkial-kial nak jawapan. Calon sendiri kena jangka ape masalah yang akan dihadapi dan cara penyelesaian. Contohnya di persimpangan jalan sering berlaku kemalangan. Apakah cara untuk mengatasinya? Jawapan yang diberikan perlu dalam aspek teknikal dan menyelesaikan masalah. Kalau yang KPSL or Sedang Berkhidmat pulak, jawapan mestilah berkait dengan spesifikasi, memang bagus la jawapan calon tue.
Berkenaan pemilihan kerjaya dan kesesuaian tuntutan kerja nie. Bukanlah Sakura nak cakap perempuan x boleh buat kerja lelaki tapi.......perempuan yang nak buat kerja lelaki nie mestilah seseorang yang agak tahan lasak orangnya. Sebab tue lah Sakura strongly recommend student Tingkatan 3 patut menjalani soalan personaliti dan kerjaya (g jumpa kaunselor kat sekolah, kata nak buat test nie) sebelum g Exam PMR. Kenapa Sakura cakap macam tue, sebab sebelum Exam dah kena target dapat keputusan cemerlang supaya mudah untuk g aliran sains atau sastera nnt. Personaliti dan kerjaya sebenarnya berkait rapat. Kita sebenarnya kena kaji diri sendiri sebelum boleh ambil sesuatu bidang tue. Minat dan personaliti adalah dua perkara berkait. Macam contoh Sakura nak jadi Akauntan, personaliti dan minat Sakura mestilah sealiran. Kalau minat ada dan kelulusan ada, personaliti tak capai, X faktor tue x akan menyerlah semasa intervw.
Biasanya saranan Sakura pada sepupu or anak sedara yang nak sit Exam PMR, selalu Sakura ingatkan supaya tetapkan cita-cita dan pasti pencapaian Exam tadi melayakkan kita ke aliran tue. Sebagai contoh, nak jadi doktor, tapi dapat keputusan yang x melayakkan masuk aliran sains. Tue yang payah. Lagi gi satu, bercita-cita nak jadi akauntan tapi g belajar kat sek teknik. Bagi Sakura, baik g belajar kat sekolah biasa. Sekolah teknik bukan x d aliran perdagangan tapi sekolah biasa pun boleh juga. Kena ambil peluang dari kelebihan yang ada disekolah tue untuk jadikan diri kita lain dari yang lain.
No comments:
Post a Comment